Salah seorng Nazir disuruh utk memantau salah sebuah sekolah di pedalaman kampung. Dalam perjalanan ke sekolah, kereta yg dinaiki tiba-tiba rosak dan berhenti ditepi jalan. Dia pun membuka bumper kereta utk melihat apa yg berlaku. Sebenarnya dia pun tidak tahu menahu tentang kereta, apatah lagi utk membaikinya.
Tiba-tiba lalu seorg budak dan bertanya kpdnya " adakah tuan memerlukan bantuan?. Berkata Tuan Nazir : Adakah engkau tahu tentang kereta iaitu membaikinya?
Budak : Ayahku seorg mekanik kereta, kadang-kadang aku menolongnya. Banyak perkara yg aku tahu tentang membaiki kereta. Mari saya lihat.
Setelah Tuan Nazir memberikan kunci kereta dan budak itu melihat. Kemudian budak itu pun memeriksa enjin kereta. Tuan Nazir sgt terpegun dengan kepandaian yang budak itu miliki. Tidak berapa lama kemudian budak itu menyuruh Tuan Nazir menghidupkan kereta. Kereta pun dpt dihidupkan seperti sediakala. Tuan Nazir mengucapkan terima kasih dan bertanya kpd budak itu. Kenapa engkau tidak ke sekolah pada waktu ini?
Budak itu menjawab: " Pada hari ini Tuan Nazir akan datang ke sekolah. Aku dikategorikan sebagai budak lemah di sekolah, berada pada kelas yg paling rendah. Pengetua sekolah dan guru kelas menyuruhku supaya tidak hadir ke sekolah dan duduk dirumah. Tuan Nazir diam tak terkata.
* Kebolehan seseorang itu tidak terletak kepada satu bidang shj. Sebaliknya kepandaian dan kebolehan adalah berdasarkan dimana kesesuaian ia sendiri.
Tiada kebodohan seseorg, yg ada hanya berbilang-bilang anugerah Allah swt kpd Hamba Nya.
(لا يوجـد غباء إنما تعدد مواهب)
No comments:
Post a Comment