Lepas ni, ambe kena fikir banyak kali dulu nok beri ke dok mat motor sewa homestay.
Eee...kaloh budak kecik, masuk homestay elok jer, keluar tinggal homestay dengan rel langsir tercabut, pintu tandas rosak.
Susah han kita nok cari orang nok baiki.
Ambe tahu, dok semua geng RXZ gini. Hok ginilah orang kata kut, kerana nila setitik , rosak susu sebelanga. Nok terkena nok buat guane lagi. Redha jer lah.
Hok sebelum2 ni geng2 motor ok jer yang masuk homestay walaupun masuk homestay dengan group motor. Dengan adabnya baik, kebersihannya terbaik. Untung sesiapa dapat tetamu macam ni.
Tapi hok kali ni, ya Allah.....cabut jatuh terus rel langsir. Satu homestay semerbak bau rokok. Lepas tu cabut lari keluar homestay pukul 1.00 pagi dok kabor. Dok tahu lah, kut nok lari dari polis kut. Hehehe...dia dok tahu jiran ambe sendiri ada hok kerja jadi polis. Esokkannya baru dia kabor, dia keluar dah homestay pukul 1.00 pagi. Fist time dapat penyewa homestay gini. Terkejut sangat.
No comments:
Post a Comment