“Doktor,seorang pesakit tiba-tiba sakit dada dan tak sedarkan diri.Kurang dari 5 minit pesakit akan sampai”
Aku letak gagang telefon.
Selang beberapa minit,pesakit dikejarkan masuk ke zon merah dalam keadaan dadanya sedang ditekan(CPR).
Pesakit dalam lingkungan awal 30-an,berpakaian baju melayu.Mungkin mahu pergi beraya.
Masing-masing sudah tahu apa patut buat.Bagaikan refleksi.Nyawa pesakit perlu diselamatkan dalam masa yang singkat.
“Bagi saya ETT”,pintaku.
ETT(Endotracheal Tube) dimasukan dalam salur pernafasan.
“Check pulse”
“No pulse”
“Continue CPR!”
“Aderenaline has been given”
Selang setiap 2 minit,nadi akan diperiksa dan penekan dada bertukar.
“Pesakit ini berumur 28 tahun,tiada masalah kesihatan.Dia seorang perokok.Sehari 14 batang.Tiba-tiba tak sedarkan diri selepas beberapa saat memegang dada sebelah kiri”
“Cardiac monitor showed VT(Ventricular Tachycardia) but no pulse”
“I’m clear, you’re clear, everybody’s clear”
Pesakit telah defibrilasi untuk memulihkan corak rentakan jantung kepada normal.
“Cardiac monitor showed asystole”
“Continue CPR!”
Keputusan darah untuk jantung(trop T) menunjukkan nilai 1100.Tak sedar dah hampir setengah jam kami berikan resusitasi namun masih tiada respon.
“Samhan,tolong explain pada keluarga”, kata pakar.
Kelihatan seorang wanita sedang duduk di ruang menunggu.Seorang anak diriba dan seorang lagi tertidur,kepala di atas peha ibunya.
“Puan isteri kepada En. A?”
“Ya,saya”
“Saya Dr Samhan.Kami dah cuba sebaik mungkin tapi Allah lebih menyayangi suami puan.Kami minta maaf”
Wanita itu kelu tanpa kata.Anak yang diriba tiba-tiba menangis seolah-olah faham apa yang telah terjadi pada ayahnya.
Kalau dulu,serangan sakit jantung sinonim dengan orang tua tapi sekarang orang muda pula makin ramai diserang sakit jantung.
Malahan,yang diserang tak pernah ada sakit jantung dan aktif bersukan.Mungkin cara hidup(lifestyle),pemakanan dan tabiat merokok menjadi punca utama.
Benar,untuk ubah cara hidup dan berhenti merokok bukan sesuatu yang mudah.Bukan tak mahu berhenti.Dah berkali cuba tapi gagal.Terus kecewa dan berhenti untuk cuba lagi.
Tapi ingat,kita ada isteri yang perlu kasih sayang seorang suami,ada anak kecil yang dahagakan kasih sayang seorang ayah dan ada ibu ayah yang rindukan kehadiran seorang anak.
Kita perlu korbankan rasa kecewa untuk cuba terus berhenti merokok.Kita perlu korbankan rasa ketagih pada rokok.Kita perlu berkorban demi mereka.
Berkorbanlah sebelum kita terkorban!
Dr Ahmad Samhan
-Kita hidup bukan hanya untuk kita-
Copy paste dari fb untuk iktibar kita semua.
Terima kasih Doktor Ahmad Samhan.
No comments:
Post a Comment