NAK BELI RUMAH? SILA BERHATI-HATI.
Sila berhati-hati bila nak beli rumah. Ada pemaju, sebelum kita sign perjanjian , janji macam-macam.
Pastikan pemaju tu tersenarai dalam senarai yang dicadangkan oleh lppsa contohnya. Kadang-kadang niat kita pilih pemaju kecil bumiputera untuk bantu sesama kaum boleh menjerat kita dengan pelbagai masalah.
Maaf, ambe cerita bukan niat nak memburukkan sesiapa tapi niat ambe, agar takde orang yang akan terima nasib macam ambe jer.
Contoh masalah seperti lepas sign perjanjian, lepas dah dapat duit hasil jualan rumah 100%, ada pembeli yang rumahnya sampai sekarang
1. Meter air belum diletak di depan rumah, tapi nung...jauh di tepi jalan besar. Guna pula getah paip hitam, pernah bocor dan kena bil beratus ringgit.
Bila tanya katanya dah lama angkat permohonan kepada SATU dan macam- macam alasan diberi. Yang peliknya rumah ketiga dari rumah kita, boleh pulak ada meter depan pagar rumah. Eh , salah SATU juga ke?.
Bila ambe pergi tanya sendiri di SATU, dah info yang ambe dapat sangat bercanggah sangat-sangat dengan apa yang pihak pemaju beritahu. Wallahua'lam.
Update terkini : Meter air telah dialih pada 1 November 2023. Alhamdulillah.
2. Janji nak buat longkang keliling rumah, sejak beli hingga sekarang, belum buat pun lagi. Logik ke nak tunggu siap 14 biji rumah , baru nak buat longkang.
3. Jalan depan rumah belum berturap. Eh, nak kena tunggu siap 14 biji rumah juga, baru nak buat. Terbaik punya pemaju ni.
4. Lampu kipas dalam rumah, tak usah cerita lah, duduk sekejap, kejap lampu ni terbakar@ rosak, kejap lampu tu rosak, kejap lampu lain pulak rosak. Lepas tu kipas pula, kita kena tukar baru.
Ya Allah, tuhan jer tahu dugaan beli rumah dengan pemaju ni.
Di doakan terbuka lah hati pemaju tu untuk berusaha dan bertindak agar cepat-cepat alih meter ke depan rumah kami (rumah ambe dan jiran sebelah). Kesiannyalah ke kami ni.
Di doakan juga terbukalah hati dia untuk usahakan cepat-cepatlah dia turap jalan depan rumah kami ni. Kesian kami.
Lain-lain malas dah nak cerita.
Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran, berilah petunjuk, pertolongan dan bantulah kami dalam menyelesaikan segala masalah kami ni. Aamiin ya Robbal àlamiin .
No comments:
Post a Comment