Wah...terbaik.
MBKT telah menyediakan beberapa kemudahan tempat BBQ utk orang ramai membakar ayam, ikan dan sebagainya di tepi pantai Seberang Takir dengan cara yg lebih tersusun dan teratur.
MBKT juga berharap agar kemudahan tersebut digunakan bersama-sama dan dikemaskan setelah ianya selesai digunakan. Disamping itu, orang ramai perlulah menjaga kebersihan persekitaran agar sentiasa bersih, ceria dan menarik.
Tong-tong sampah yg diperbuat daripada kayu turut disediakan untuk digunakan demi kebersihan pantai rekreasi berkenaan.
No comments:
Post a Comment