Yang nak dibawa pulang ke akhirat itu, tak perlu mahal.
Kain putih sikit..
Kapas sikit..
Wangi-wangian sikit..
Kalau susah nak dapatkan 'perfume', cuma carik-carikkan daun pandan..
Dapatlah wangi sekejap tubuh kita.
Kayu papan pun, perlukan sikit..
Dapatlah 'lindung' jasad kita sebelum 'ditutup' dengan tanah.
Mereka yang hadir menziarahi jenazah kita..
Ada yang menangis sekejap.
Ada yang saling bercerita kita mati sebab apa.
Ada yang saling berkenalan sesama mereka.
"Dari mana?"
"Saudara ke?"
"Kawan?"
"Kerja apa?"
Selesai kita dikebumikan..
Yang bersembang, akan terus bersembang.
Yang berkumpul, ada juga yang akan buka topik baru untuk teruskan lagi sembang.
Kita?
Tinggallah jasad kita sendirian di bawah tanah.
Ruh sudah terpisah dengan alam dunia.
Nampak macam dekat.
Atas tanah, mereka yang masih hidup.
Bawah tanah, kita yang telah tinggalkan alam dunia.
Dekat, tapi jauh.
Sudah ada 'pembeza'.
Kerana, barzakh itu sendiri ertinya 'sekat'.
Mereka di dunia, dah tak boleh 'tembus' alam kita.
Kita di alam kubur, dah tak boleh 'tembus' alam dunia.
Benarlah,
Kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan gurau senda.
Kekadang, 'sibuk main' hingga terlupa apa nak dibawa pulang.
Sedangkan,
Alam akhirat itu penuh dengan seribu suatu soalan.
"Buat apa kat dunia dulu?"
"Hari ini dah tinggalkan dunia, ada bawa balik apa-apa bekal?"
Sebesar-besar rumah kita di dunia, bila mati terpaksa menumpang juga di tanah wakaf orang.
Secantik-cantik pakaian kita di dunia, bila mati cuma berbalut kain putih kafan.
Semewah-mewah kenderaan kita di dunia, bila mati cuma perlukan keranda papan.
Itulah hakikat sebenar diri kita.
Hamba Allah yang miskin.
Bukan ada apa-apa.
Bukan siapa-siapa.
Tempat jatuhnya pandangan Allah itu, cuma pada hati dan amal.
Peringatan buat diri yang seringkali lupa dan jahil..
Kredit: penulisasal
No comments:
Post a Comment