Assalamualaikum.
Hmmm...hari ini tergerak hati nak berkongsi cerita sedikit.Hehehe...jangan marah pulok nanti.Ambe ni dok pandai nak karang cerita.
HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG mula beroperasi pada bulan Ogos 2020. Homestay baru, barang perabut ke apa semua baru.Biasalah, bila baru ni, kadang-kadang bukan semua orang boleh senang- senang jer nak percaya bila kita cerita pasal homestay ni.Almaklumlah...sekarang ni pulok, ada macam- macam scammer. Eeee geram betul ambe dengan scammer, ingat boleh senang hidup ke dengan menipu orang?hidup dok berkatlah kalau makan duit haram.Eeeee dok takut dengan api neraka ke?.
HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG , diuruskan bersama ahli keluarga. Alhamdulillah.Homestay semi d ini ada 3 bilik tidur, 1 dapur, 1 ruang tamu, 1 ruang keluarga, ada sofa diruang tamu dan ruang keluarga, ada set meja makan dan kerusi di dapur, 2 tandas (1 dalam master bedroom dan satu antara ruang keluarga dan bilik ke 3 dan dapur.Dapur disediakan gelas,mug pinggan mangkuk ,sudu,garfu, jug, bekas makanan plastik, rice cooker, sandwich Toaster, kettle, gula,teh,nescafe,tisu dapur,peti ais dan mesin basuh.
Di awal HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG beroperasi, macam-macam kenangan ada. Alhamdulillah semua yang terjadi adalah dengan izin Allah.Ada yang wasap tanya macam-macam tentang homestay, minta gambar ,akhirnya tak jadi nak tempah sebab takut bila pihak pengurusan homestay minta bank in separuh dari bayaran sebenar sebagai booking.Tak apa, kami tak marah,kami faham semuanya daripada Allah ,hatta rezeki ke apa pun yang berlaku semua dengan izin Allah.
Teringat dengan seorang bakal tetamu yang telefon di awal pagi, bertanyakan homestay, dan check in pagi itu juga. Ketika dengar suara dan cara percakapannya seolah-olah macam begitu tinggi budi pekerti dan tutur bicaranya agak berlainan dari biasa. Alhamdulillah beliau sekeluarga tempah homestay BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG untuk 1 malam.Sewaktu hendak check out beliau siap minta halalkan segala benda , peralatan dan kemudahan yang telah digunakan selama menginap di homestay. Itulah tetamu kami yang satu- satunya berkata- kata demikian, belum jumpa lagi tetamu seperti itu sebelum ini.Terasa macam tetamu ini begitu tinggi ilmu agama dan akhlaknya sebagai seorang muslim yang soleh begitu terserlah.Ambe terasa macam sangat respek kepada dia dan keluarga.
Ada juga yang call, tanya maklumat info homestay terus setuju nak tempah HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG, bahkan bank in bayaran penuh untuk tempahan homestay walaupun pihak kami maklumkan booking cuma separuh dari bayaran sebenar dan separuh lagi masa ambil kunci. Ya Allah, terima kasih di atas segala- galanya.
Ada yang wasap tanya nak masuk awal boleh tak?Pihak kami maklumkan jika tiada tetamu yang menginap atau tetamu hari sebelumnya telah check out awal, boleh jer kalau nak masuk awal. Beliau beritahu nak masuk dalam pukul 9.00 pagi.Tup- tup sampai lagi awal, 7.30 pagi.Alhamdulillah, Allah permudahkan, kami pun memang niat nak usahakan homestay ni kerana Allah dan disamping niat untuk permudahkan urusan tetamu-tetamu yang datang bertandang ke Terengganu dari segi perkhidmatan tempat tinggal dan sebagainya.Kami anggap orang yang tempah homestay kami sebagai tetamu kami.Kami cuba bagi keselesaan dan kemudahan setakat kemampuan kami dengan izin Allah.InsyaAllah kami cuba bantu dan usaha permudahkan urusan orang selagi kami mampu.Semoga Allah turut permudahkan segala urusan kami juga.aamiin.
Ada satu keadaan, lepas tetamu keluar, rel langsir tercabut katanya anaknya main gayut gatung pada langsir, aduiii sedihnya... terpaksa panggil orang upah pasang balik. Waktu kemas rumah, bersih dapur, bersih sinki, alahai perangkap sampah sinki tak ada satu, puas cari tak jumpa, try wasap tanya tetamu yang check out hari tersebut, tapi jawapannya mendukacitakan.Telefon adik suruh beli tanpa bawa yang satu lagi sebab hari tersebut ada tetamu lain nak check in. Lepas adik balik rumah, kecil pula tak sama ukuran. Petang tu tetamu yang check in wasap tanya pasal penutup perangkap sinki tu, terpaksa minta maaf banyak- banyak dengan dia.Aduii sedihnya rasa sebab selama ini ambe berusaha sediakan kemudahan dan kelengkapan sebaik mungkin setakat kemampuan ambe untuk tetamu2 yang bakal menginap.Lagipun ini kali pertama dapat tetamu homestay macamni.Sebelum2 ni semua tetamu baik2 dan ok2. Ambe cuba pujuk diri sendiri, anggap ini semua ujian Allah.Semoga ambe sentiasa sabar dan Redha dengan ujian Allah.Nanti lepas tetamu baru ni check out ambe akan bawa contoh perangkap sampah sinki sebelah yang tinggal satu lagi tu untuk beli yang baru.Itu sahaja jalan penyelesaian terbaik yang ambe rasa buat masa ini.
Harapan ambe kepada sesiapa yang masuk mana2 homestay atau hotel, pesan anak2 agar jaga harta benda homestay/hotel macam harta benda rumah sendiri.Apa perasaan kita jika orang rosakkan harta benda kita, samalah juga dengan orang lain.Perhati2kanlah anak2.
Pada masa yang lain pula,jumpa ramai tetamu yang menginap di HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG yang amat baik, sebelum keluar, homestay siap mereka kemas dan bersih sebagaimana kemas dan bersihnya homestay sebelum mereka masuk.Ya Allah, gembiranya rasa,rasa lapang dan sejuk je hati.Semoga selepas ini dipermudahkan segala urusan mereka dan kebaikan mereka dibalas oleh Allah dengan kebaikan yang sebaik- baiknya juga.Aamiin.Terasa segala usaha ambe untuk beri keselesaan, kemudahan, kelengkapan yang baik untuk tetamu homestay dihargai.Terima kasih tuan/puan semua.Sayang semua.
Okey lah, sambung cerita hari lain pula lah yer.Jangan marah.😃
No comments:
Post a Comment