Ada yang wasap/ call lewat malam nak tempah dan masuk malam/pagi tu juga, alahai kesian pula.Yelah hari ini hari dia kan, hari kita tak tahu lagi. Terus call adik maklumkan dan tanya.Alamak, adik dah balik rumah dia, tapi alhamdulillah adik pergi juga hantar kunci lebih kurang pukul 12.00 malam tu kepada kenalan bakal tetamu tu sebab tetamu tu nak masuk dalam lingkungan lebih kurang pukul 3 pagi.Alhamdulillah Allah permudahkan.
Ada satu keadaan lain, di mana tetamu kami sangat baik, jujur dan amanah.Beliau sudi membayar ganti rugi bagi gelas yang pecah.Alhamdulillah, duit ganti rugi tersebut kami beli gelas baru.Alang-alang ke kedai tu kami turut beli beberapa barang baru bagi tambah baik kemudahan sedia ada di HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG. Semoga tetamu tersebut turut mendapat saham kebaikan berpanjangan hasil sumbangannya itu di akhirat nanti.Aamiin.😀
Setakat ini, kami pihak pengurusan HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG sangat bersyukur dipertemukan dengan tetamu-tetamu yang sangat menjaga kebersihan dan kekemasan homestay.Bahkan ada beberapa tetamu kami tersebut sendiri memiliki homestay di negeri lain atau di daerah lain.Ada tetamu tersebut sudi berkongsi pendapat dan tunjuk ajar berkaitan pengurusan homestay.Budi baik tuan-tuan dan puan-puan hanya Allah jua yang dapat membalasnya.Semoga homestay tuan-tuan dan puan- puan semakin maju dan dipermudahkan urusan oleh Allah.Aamiin.
Alhamdulillah juga setakat ini ramai warga pendidik , cikgu-cikgu dan ustaz-ustaz sudi menginap dan menjadi tetamu kami. Semoga kehadiran tuan- tuan dan puan- puan turut membawa rahmat kepada kami semua.Aamiin.Gembira sangat dapat tetamu dari kalangan warga pendidik. Mereka sangat baik, peramah, pembersih dan bila keluar homestay, mereka tinggalkan homestay dalam keadaan sangat bersih dan kemas, termasuklah kawan sendiri Cikgu Juliana.Jemput datang lagi yer kak Ju. Hehehe,HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG sekarang banyak dah perubahannya dan penambahbaikannya berbanding masa kak ju sekeluarga datang di awal mula- mula homestay dibuka dulu.Inshaa Allah.
Harap cikgu- cikgu dan ustaz- ustaz yang pernah menginap di sini, jemput datang lagi yer.Hehehe almaklumlah, dalam keluarga kami pun ada yang jadi pendidik.
Ok.Nanti kita sambung semula.Mohon maaf jika ada salah silap.😀
No comments:
Post a Comment