PERKONGSIAN PENGALAMAN SELEPAS SUNTIK VAKSIN COVID-19 DOS KE 2.
PERKONGSIAN PENGALAMAN SELEPAS SUNTIK VAKSIN COVID-19 DOS KE 2.
INI PENGALAMAN AMBE SENDIRI, TAPI SETIAP ORANG TAK SAMA KESAN SAMPINGAN LEPAS SUNTIK VAKSIN COVID-19 DOS KEDUA. KALAU TUAN/PUAN/ENCIK/ CIK DOK SAMA KESANNYA DENGAN AMBE, JANGAN MARAH NEH.
🛑Hari pertama: (10.5.21- ISNIN)
📜Pulang rumah , masa tu rasa ok jer.Cuma rasa mengantuk sangat- sangat.
📜Petang mula sakit kepala,pinggang,sakit- sakit sendi, sakit badan.
📜Malam makin sakit. Mula makan panadol (Kebetulan ada beberapa biji di rumah). Alhamdulillah.
🛑Hari Ke 2: (11.5.21- SELASA)
📜Rasa sakit makin bertambah.Asyik baring je, tak larat langsung.
📜Sakit kepala tak tahu nak cerita.
📜Sakit pinggang, Allah jer yang tahu.
🛑Hari ke 3: (12.5.21 - RABU)
📜Badan masih sakit, dah mula batuk-batuk.
Sakit dada bila batuk.Rasa tak lawas nak bernafas.Rasa tengkuk tu sempit jer.
🛑Hari ke 4: (13.5.21- KHAMIS)
📜Sakit kepala ,pinggang sangat-sangat, tak larat, batuk-batuk makin menjadi-jadi.
📜Malam batuk makin kuat dan badan rasa nak demam, rasa sejuk bukan main, susah nak tidur, sebab asyik batuk-batuk. Tidur kena pakai selimut tebal.
🛑Hari ke 5: (14.5.21- JUMAAT)
📜Mula demam, sakit kepala dan pinggang belum berkurang.
📜Paginya pergi klinik swasta, klinik tak nak terima bila beritahu demam.Sedih pula rasa, yelah ambe demam sebab SUNTIK VAKSIN COVID-19 DOS KE 2 kut, bukannya demam sebab covid.
📜Klinik swasta tu suruh pergi klinik kerajaan.
📜Pergi klinik kerajaan (Klinik Kesihatan Selayang Baru) yang berhampiran rumah, tapi hari ni cuti raya, klinik tutup, tapi pergi juga ke bahagian kecemasan.
📜Pengawal keselamatan suruh tunggu dekat orang ramai berkumpul bawah khemah, bila tanya mereka kat bawah khemah, rupanya mereka tu semua orang yang dah sah positif covid-19.Terkejut ambe, bakpe pulok, "pok guard " ni suruh ambe duk sini?.ambe try cari staf klinik, staf tu suruh pergi hospital kerajaan
📜Ambe pun bergerak pergi ke Hospital Selayang semata-mata nak ubat demam dan ubat batuk.
📜Sampai hospital lepas tunggu lama, pergi ke zon itu dan ini, akhirnya buat ujian darah, tunggu lagi, lepas jumpa doktor, alhamdulillah ujian darah ok, lepas tu balik rumah lepas dapat ubat demam dan batuk.alhamdulillah. Sampai rumah terus makan ubat.
📜Alhamdulillah, malamnya boleh tidur lepas makan ubat.
🛑Hari ke 5: (15.5.21- SABTU)
📜Masih demam dan batuk.Tapi rasa ok sikit berbanding semalam.Sakit kepala dan pinggang ada kurang.
📜Selsema pula hari ini.Kepala rasa berat jer.
📜Boleh tahan kuat ubat demam dan ubat batuk ni, lepas sarapan terus makan ubat, kemudian mengantuk dan tidur.
📜Malamnya nak try tak nak makan ubat, nk tengok boleh tidur ke tak.
📜Hmmm susah pula mata nak tidur, kepala sakit, bangkit dan basahkan kepala dengan air.
🛑Hari ke 6 : ( 16.5.21 - AHAD )
📜Pagi masih selsema dan sakit kepala, bangun pukul 4.00 pagi makan panadol, baru boleh tidur.
📜Lepas sarapan terus makan ubat demam dan ubat batuk, semoga diri ini cepat2 sembuh.aamiin.
🛑Hari ke 7 : ( 17.5.2021 - ISNIN )
📜Bangun pagi terus makan ubat, al- maklumlah, hari ni dah start kerja.
📜Alhamdulillah, demam makin reda, batuk-batuk ada lagi, dan kepala rasa berat lagi.
🛑Hari ke 8 : ( 18.5.2021 - SELASA )
📜Masih batuk- batuk.
📜Tubuh masih rasa lemah2.
📜 Alhamdulillah, Allah punya kuasa, kebetulan sekarang kerja dari rumah PDPR.
🛑Hari ke 9 : ( 19.5.2021 - RABU )
📜 Hari ini cuba puasa sunat
📜 Masih batuk2
📜 Kepala sakit
📜 Dada pun sakit, rasa macam tak lega nak bernafas. Tapi cuba bertahan, nak puasa juga hari ini, kalau berbuka pun, bukannya ada selera nak makan sangat.Hehehe.
📜Ubat demam dan batuk pun kebetulan dah habis.
📜Sapu vick kat kepala, tengkuk, dada. Semoga ambe cepat2 sembuh.aamiin
📜Lepas berbuka, makan panadol, terima kasih En.suami tolong beli tadi sebelum balik kerja.Alhamdulillah.
📜Lepas isyak, rehat dan tidur.
🛑Hari ke 10 : ( 20.5.2021- KHAMIS )
📜Masih batuk2, cuma kurang sikit.
📜Rasa macam dah tak demam, cuma sakit kepala tu ada lagi.
📜Hari ni tak puasa lagilah, nak makan ubat.
📜Bila batuk, cepat2 minum air kosong supaya kurang perit tengkuk.
🛑Hari ke 11 : (21.5.2021 - JUMAAT)
📜Pagi2 dah makan panadol awal2 sebelum PDPR.
📜Hari ni boleh tahan jadual PDPR. Takpe, ambe sayang anak-anak murid ambe.Rasa bahagia dapat mengajar.alhamdulillah.
📜Tengkuk rasa perit lagi.
📜Terfikir agak- agak orang lain yang terima vaksin dos ke 2 ni memang rasa macam ambe jugok ke? Wallahua'lam
📜Syukur alhamdulillah, TERIMA KASIH YA ALLAH di atas segala kurniaanMU.
SEMOGA ESOK AMBE SUDAH SIHAT WALAFIAT SEMULA. AAMIIN.
Inshaa Allah... ...dengan izinNYA tiada yang mustahil. Kun faya kun.
🌞 Sesiapa yang belum daftar, sila daftar dan dapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebagai ikhtiar kita mencegah sesuatu yang lebih memudaratkan.
🌞 Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan melindungi kita dari perkara2 yg tidak diingini. insyaAllah. Aamiin.
ANTARA GAMBAR KENANGAN KETIKA HADIR TEMUJANJI UNTUK SUNTIKAN VAKSIN DOS KE 2.
No comments:
Post a Comment