Sekali lagi minyak masak botol yang tidak bersubsidi menjadi isu hangat di media, khabar harga untuk botol 5kg dijual pada harga RM32.00.
Kerajaan tidak tetapkan atau kawal harga minyak masak dalam botol kerana ia bukan minyak masak bersubsidi.
Kerajaan hanya menetapkan harga minyak masak bersubsidi yang dijual dalam pek polibeg 1kg iaitu RM2.50.
Harga minyak sawit mentah ditentukan oleh pasaran dunia, ada turun dan ada masanya naik. Pada masa ini harga di pasaran dunia sudah mencecah lebih RM4300 metrik tan (berbanding sebelum ini hanya sekitar RM2500 metrik tan sahaja), bersamaan lebih kurang RM4.30 per kg sebelum diproses dan dibotolkan. Ini bermakna kos minyak sawit mentah sahaja sebelum dibotolkan sudah melebihi RM21 untuk 5kg. Itu tidak termasuk kos-kos lain seperti pembotolan, pengangkutan dan keuntungan di peringkat kilang, pemborong, pengedar dan peruncit.
Sebenarnya kualiti minyak sawit bersubsidi dalam pek polibeg 1kg adalah sama dengan minyak sawit dalam botol.
Sejak dulu lagi Kerajaan memperuntukkan berjuta ringgit untuk minyak masak bersubsidi. Untuk 2021 sahaja, sekitar 60,000 tan metrik setiap bulan diperuntukkkan bagi kegunaan rakyat Malaysia. Itu bersamaan dengan 60 juta polibeg 1kg sebulan atau 1.8kg minyak sawit untuk setiap rakyat Malaysia setiap bulan.
Pengguna minyak masak di Malaysia mempunya pelbagai pilihan. Terpulang citarasa dan bajet masing-masing dalam memilih jenis minyak masak, yang penting, utamakan kualiti dan nilai.
Sila gunakan _apps Price Catcher_ untuk mengetahui dan membanding harga Minyak Masak Tidak Bersubsidi di premis perniagaan berdekatan dengan rumah anda.
#end#
No comments:
Post a Comment