UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN- SILA TEKAN LINK DI BAWAH ��

UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN: Https://wa.me/60199433531

Sunday, January 16, 2022

TERENGGANUKU DULU-DULU

TERENGGANUKU DULU-DULU

Gambar menunjukkan kawasan pesisir sungai yang ditenggelami air pada banjir besar Terengganu pada tahun 1965, dipercayai kawasan berkenaan adalah di pesisir Sungai Terengganu berhampiran gugusan perkampungan besar Losong.

Berdasarkan kepada beberapa temuramah oleh generasi tua di Terengganu, mereka menceritakan beberapa kaedah dan teknik dalam meramal kejadian alam, terutamanya banjir yang akan melanda kawasan mereka melalui beberapa keadaan.

Bintang Tujuh Beradik
Temuramah dengan nelayan di sekitar Muara Besar Marang menjelaskan bahawa jasad samawi memainkan peranan dalam menunjukkan bermulanya musim tengkujuh. Bintang Tujuh Beradik, akan keluar di dada langit, terutamanya pada awal malam dengan kedudukan antara 30 hingga 45 darjah. Bintang berkenaan berada dalam keadaan tersusun dan selari, dengan kedudukan menegak dan rapat antara satu sama lain. Ketujuh-tujuh bintang ini didakwa sebagai punca kepada gelaran Tengkujuh yang merujuk kepada bermulanya musim monsun di Pantai Timur.

Guruh Pemberitahuan
Melalui petua ramalan generasi lama di Terengganu, pada permulaan bulan September / Oktober, guruh yang berbunyi kuat pada waktu tengah hari / sejurus sebelum waktu Zohor merupakan petanda masuknya musim hujan. Guruh berkenaan akan berbunyi, biasanya pada tengah hari dalam keadaan cuaca panas terik. Versi masyarakat darat mengatakan bahawa guruh berkenaan berbunyi di perbukitan Tanah Tinggi Terengganu manakala versi masyarakat pantai mengatakan guruh berkenaan berbunyi di Laut Besar (Laut China Selatan)

Guruh Amaran
Guruh amaran biasanya dikesan sejurus sebelum bermulanya sesi curahan hujan lebat. Bunyinya seperti dentuman gendang, dan berlarutan sehingga 30 saat sebelum berhenti. Selepas itu tiada bunyi guruh dikesan dan hujan mulai lebat, menandakan bermulanya sesi curahan hujan.

Hujan Malam Jumaat
Andainya hujan bermula pada malam jumaat dengan keadaan kaki langit yang gelap (pada pandangan masyarakat pantai), ia menandakan bahawa hujan tidak akan berhenti sehingga 'bertemu ketika' iaitu sehingga malam jumaat minggu seterusnya. Cuaca pada minggu berkenaan tidak akan menentu, dengan hujan dan mendung bersilih ganti. Keadaan seperti ini akan menjurus kepada berlakunya banjir.

Haiwan Merayap
Pemerhatian kepada tahap ketinggian aras air banjir biasanya diperhatikan kepada gerak geri haiwan, terutamanya semut. Kadar perubahan sarang dan tahap ketinggian semut berpindah sarang memberi petunjuk kepada manusia mengenai aras ketinggian air banjir.

Kitaran Banjir Teruk
Terdapat pendapat kitaran banjir teruk yang berbeza di tempat yang berbeza, terdapat kitaran 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 50 tahun dan 100 tahun sekali. Tahun berlakunya kitaran tersebut adalah berbeza di tempat yang berbeza di Terengganu khususnya. Antara yang dicatatkan di lokasi tertentu dan mempunyai rekod bertulis dan bergambar dalam simpanan Ganutalgia adalah:

1. Banjir 1926 (Bah Merah) - Keseluruhan Terengganu kecuali Besut
2. Banjir 1965/67 - Kuala Terengganu
3. Banjir 1986 - Keseluruhan Terengganu

Generasi terdahulu mempunyai pelbagai teori dan pemerhatian terhadap alam, yang memungkinkan mereka untuk terus memahami aturan kehidupan yang ditentukan oleh Allah Taala di bumi ini. Sesungguhnya kejadian banjir dan musim hujan yang melanda adalah satu ketetapan yang berlaku di dalam aturan alam, pasti berlaku di seluruh Terengganu, dan masyarakat nusabangsa Terengganu menghadapinya dengan penuh kesabaran dan kekuatan selama wujudnya negeri ini melebihi 700 tahun yang lalu.

"Kalu Takuk Kene Boh, Dok Soh Duduk Di Tranung".

😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

BANJIR BESAR ATAU BAH MERAH

Banjir Besar atau Bah Merah berlaku di negeri-negeri di seluruh Tanah Melayu. Dikatakan banjir seburuk ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Melayu mahupun sejarah Terengganu sendiri. Banjir ini berlaku pada tahun 1926.

Banjir ini mendapat namanya kerana air banjir berkenaan berwarna merah, dipercayai daripada akar-akar kayu dan selut yang dihanyutkan dari hulu.

Banjir ini berlaku dalam 2 gelombang yang berasingan. Gelombang pertama adalah pada 30 November 1926, dengan daerah Bukit Payong merupakan kawasan yang terburuk ditimpa bencana dengan air setinggi 0.6 meter.

Gelombang kedua banjir bermula pada 22 Disember 1926 apabila angin kencang dan hujan lebat berlarutan. Pada 27 Disember 1926, Bukit Payong mula dinaiki air, dan pada 28 Disember 1926, Chabang Tiga dinaiki air.

Pada 29 Disember 1926, air hulu mulai turun ke kuala, dan kawasan Kedai Binjai sehingga kawasan Pantai Teluk mula dinaiki air. Kedai Binjai mencatatkan kenaikan paras air sehingga 1 meter.

Menurut cerita lisan, kawasan 'darat' seperti Pasir Panjang sehingga ke Wakaf Mempelam dinaiki air selama seminggu. Penduduk sekitar berkenaan menyelamatkan diri dengan mendaki kawasan sekitar Bukit Bayas dan Bukit Depu serta Bukit Besar. Tanaman dan ternakan musnah, tidak dapat diselamatkan.

Pada 1 Januari 1927, banjir mulai surut apabila paras air sungai turun hingga ke paras 2 meter. Pada 3 Januari 1927, air sungai mulai pulih dan jalan-jalan mulai dibuka.

Daerah Hulu Terengganu menerima kemusnahan yang paling teruk, manakala di Kemaman, dua jambatan baru di Kampung Limbong musnah. Di daerah Dungun pula, rumah-rumah banyak yang musnah dipukul ribut. Daerah Besut paling kurang terjejas oleh peristiwa banjir ini.

Masyarakat tradisi Terengganu ada kalanya mengukur umur mereka melalui banjir ini. Contohnya: "Lahir 2 tahun sebelum Bah Merah" atau "Lahir setahun selepas Bah Merah".

Peristiwa ini dicatatkan dengan jelas oleh Tengku Dalam di Tawarikh Sultan Zainal Abidin III dalam bentuk syair.

No comments:

Post a Comment

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

JOM TEMPAH AWAL2 😍

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DALAM SETIAP KEADAAN

MASTER BEDROOM- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

DAPUR HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SUDAH PASANG AIRCOND: BILIK KE TIGA HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

ADA AIRCOND: MASTER BEDROOM HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

TANDAS MASTER BEDROOM- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

HADAPAN HOMESTAY- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

RUANGAN REHAT KELUARGA- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

GAZEBO UNTUK SANTAI2- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

GAMBAR MASA PINTU PAGAR KE 2 BLM SIAP- JOM TEMPAH HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

BILIK KE DUA- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

PINTU PAGAR UTAMA/PERTAMA-SEBARANG PERTANYAAN & TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

TANDAS KE DUA- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

TANDAS KE DUA- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

VISIT TO LIKE MY PAGE. TERIMA KASIH

VISIT TO LIKE MY PAGE.  TERIMA KASIH
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK KE PAGE HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

HARGA PROMOSI. SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

HARGA PROMOSI. SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

LAMAN DAN PARKING - SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

LAMAN DAN PARKING - SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

TERIMA KASIH BANYAK2 KEPADA SEMUA YANG SUDI REVIEW YG BAIK2 TENTANG HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU

SILA TEKAN GAMBAR UNTUK REVIEW - ADA LINK DI SITU. JEMPUT REVIEW BAGI YG SUDI

JOM DOA SAMA2

JOM DOA SAMA2

SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU
SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

TARIKH KEKOSONGAN TERKINI HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG 😍

                                                        🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴                  BOOKING  TAHUN 2024           🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴    ...

CARA TEMPAH HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

CARA TEMPAH HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

Labels

POPULAR POST

JOM TEMPAH AWAL2 HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG