AMBE NOK KABO JER, DOK MAROH PUN, " KEBERSIHAN ITU SEPARUH DARI IMAN".
Kita bila cari homestay memang kalu boleh kita nok hok murah , hok molek, dan ada pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan. Betul doh tu, molek doh tu.
Tapi gok, kalu masa masuk, homestay tu kemas, bersih molek, jangan kita pulok masa keluar tu tinggalkan homestay dalam keadaan ada kerosakan , kotor, bersepah, lintang pukang sekali.
Memang dok patutlah, kat homestay tu, doh lah patut dok boleh hisap rokok, "mereka siap buang gitu jer abuk rokok dan putong rokok atas lantai dalam bilik (ingat tanoh ke?),ada pulok hok tinggalkan beberapa biji gelas berisi air dalam bilik2, botol potato, plastik. Dok tahulah ambe orang2 ni dari planet mana?. Teruk sangat. Dalam sink kuning dengan puntung rokok. First time jumpa guest gini.
Ruang tamu, dapur dan setiap bilik teruk mereka tinggalkan. Keluar dok kabo, bila kita tanya, kata keluar doh, lupa nok kabo. Mintak2 Allah beri hidayah dan petunjuklah kepada mereka dan ubah perangai sikit.
Orang kata, orang memberi kita merasa, Orang berbudi kita berbahasa. Ke guane?.
No comments:
Post a Comment