🌺🌺🌺 Dugaan dan ujian, itulah dunia, Jika tiada dugaan dan ujian, itulah SYURGA. Di SYURGA tiada sebarang masalah. Di SYURGA yang ada hanyalah nikmat, kesenangan, ketenteraman dan ketenangan yang tiada banding. Nak apa pun boleh dengan mudah.
😍😍😍 KAMI ingin menzahirkan rasa RESPECT dan UCAPAN RIBUAN TERIMA kasih kepada MAJORITI TETAMU HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG yang jujur, amanah, menjaga kebersihan homestay dengan baik. Mereka keluar dalam keadaan homestay tiada kerosakan, kemas dan bersih seperti ketika masuk.
🥰🥰🥰 Syukur Alhamdulillah, setakat ini sudah mendapat guest yang mana mereka sendiri owner homestay di daerah dan negeri lain. Mereka sempat berkongsi tips pengurusan homestay lagi.
🥰🥰🥰 Sebelum keluar, cara mereka kemas dan bersih homestay kami, sangat menakjubkan dan membuatkan hati kami terharu. Ibarat mereka kemas dan bersih homestay mereka sendiri. Ya Allah, ribuan terima kasih tuan puan semua. Allah jualah yang mampu membalasnya.
😀😀😀 Sebagai owner homestay, kami dengar dan berdepan macam2 dugaan juga.
😅😅😅 Ada guest mengadu kena scam dan terpaksa cari homestay lain. Memang kesian dengan mereka. Memang tak patut scammer tu, boleh memburukkan dan merosakkan nama pemilik2 homestay yang sebenar.
🤣🤣🤣 Tapi , Betul ,ada juga owner2 homestay pun dah beberapa kali kena scam dgn guest.
😅😅😅 Sebab tu kami tahun ni terpaksa letak deposit Rm50, deposit akan dipulangkan hanya jika keluar homestay dalam keadaan tiada kerosakan dan bersih seperti ketika masuk.
😅😅😅 Jika nak batalkan, Kami akan pulangkan Deposit jika ada sebab yang munasabah, maklum awal, jangan pula kami duk tunggu tak sampai2, bila dah lewat petang/ malam, kami hubungi, baru beritahu, BATAL BOOKING.
Kami dah simpan elok tarikh tu, sampai beberapa orang tanya, kami tolak.
😅😅😅 Kadang2 guest pun ada yang tak jujur, beritahu nak masuk 6 orang, tapi masuk lebih. Lepas tu tinggalkan homestay dlm keadaan teruk. Haa...sebab tu kami terpaksa buat peraturan seperti pemilik2 homestay lain.
🥰🥰🥰 SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN MEREKA KERANA PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI. AAMIIN
No comments:
Post a Comment