Koleksi 13 imej perubahan titik matahari terbit selama setahun dari Dis 2020 hingga Dis 2021-diambil dari bandar Edmonton Alberta Canada.
Matahari terbit paling jauh ke selatan dalam solstis Disember, dan paling jauh dari ke utara dalam solstis Jun. Di kebanyakan negara, solstis Disember dianggap sebagai permulaan perubahan musim, iaitu hari pertama musim sejuk di hemisfera utara dan musim panas di hemispera selatan.
Fenomena titik matahari terbit berubah disebabkan oleh kecondongan paksi putaran Bumi terhadap satah orbitnya mengelilingi Matahari. Jadi jangan terkejut jika anda tengok matahari terbit tak selalunya sama di ufuk timur. ☀️
Sumber : Facebook
📸Luca Vanzella
No comments:
Post a Comment