INFO DARI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU - BERKENAAN LELAKI MUKALLAF TIDAK SOLAT JUMAAT.
Beberapa undang-undang telah dikuatkuasakan dan diperkasakan oleh pihak kerajaan seperti Seksyen 16 iaitu perkara berkaitan tidak menunaikan solat Jumaat.
Terdahulu, Undang Isytihar Kerajaan bilangan 22/1345 pada 1926, menetapkan pelaku didakwa di mahkamah kadi dan dihukum denda sebanyak RM0.50.
Kini, menurut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 mana-mana orang lelaki mukallaf, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam mukimnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie tanpa sebab yang munasabah.
"Ia merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali"
No comments:
Post a Comment