TUMPANG SEDIH DENGAN ORANG YANG TERKENA SCAMMER HARI INI. SEMOGA ALLAH MEMBALAS PERBUATAN SCAMMER2 TU DENGAN BALASAN YANG SETIMPAL KERANA MENYUSAHKAN PENCARI HOMESTAY, DAN MENYUSAHKAN PEMILIK HOMESTAY. AAMIIN.
Hari ini tumpang sedih, bila ada yang telefon saya cari homestay sebab katanya baru kena Scammer.
Tapi saya pun pernah kena scam dengan orang yang kononnya nok cari homestay.
Sebab tu lening kami berdua suami isteri letak syarat, nak booking kena isi maklumat pendaftaran untuk booking dan transfer deposit Rm50 jika confirm nak booking. Duit booking Rm50 tu hanya akan dipulangkan jika keluar Homestay dalam keadaan tiada kerosakan dan bersih seperti ketika masuk.
Saya beritahu ke dia, boleh mari tengok homestay dulu, kalau betul dia dah sampai Terengganu, jika setuju saya nak telefon orang bersih homestay (sejak saya ikut suami kerja di Selangor, kami upah orang untuk bersih homestay), takut ada habuk atau tahi cicak, sebab biasa cadar, sarung bantal semua yang dah pakai terus tukar dengan yang bersih, lepas orang keluar/check out, melainkan tukang cuci ada kerja lain dan esoknya tiada orang booking lagi, tukang bersih akan tukar keesokan harinya. Tapi mungkin orang tu masih trauma, jadi dia kata tak apalah, dok jadi lah.
Sebenarnya kalau tak jadi booking sebab ada hal lain, jangan risau, kami akan pulangkan semula deposit Rm50 tu. Jangan bimbang, beritahu jer lah.
Sekian cerita hari ini. Maaf banyak jika ada tersalah kata.
No comments:
Post a Comment