LANJUTAN PKPD BAGI MUKIM.SERADA MULAI 13.6.2021 HINGGA 26.06.2021.
Untuk makluman semua kawasan dan laluan di dalam PKPD MUKIM SERADA akan DITUTUP untuk pergerakan KELUAR DAN MASUK sehingga 26.6.2021.
Sekiranya terdapat apa-apa masaalah yang memerlukan PERGERAKAN KELUAR DARI MUKIM, boleh dapatkan SURAT KEBENARAN DARI PRDM di BALAI BERGERAK yg akan disediakan di hadapan Dewan Sivik Serada
Hanya sebab yang di benarkan sahaja di beri KEBENARAN.
Bagi yg yang terpaksa BEKERJA DAPATKAN SURAT DARI MAJIKAN YANG MENGESAHKAN PERLU HADIR UTK BERTUGAS.
🌺 Harap maklum untuk persediaan MENTAL DAN FIZIKAL.
🌺 Sama-sama jaga SOP dan norma baharu.
🌺 Tingkatkan amal ibadah dan bersabar serta tabah dengan ujian Allah.
🌺 Saling bantu membantu di jalan Allah.
🌺 Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya dan kita sebagai hamba Allah perlu yakin dengan Qadak dan Qadar ketentuan Allah.
🌺 Walau apa jua tindakan dan persiapan yang telah kita buat, percayalah, setiap ketentuan Allah ada hikmahnya dan Ujian Allah hanya untuk hambaNya yang layak.
🌺 Jika kita tidak di uji, ambil iktibar dengan ujian orang sekeliling kita, kita doakan yang baik- baik serta cuba bantu ikut kadar kemampuan kita dan janganlah kita fitnah yang bukan-bukan.
🌺 Hidup di dunia hanya sementara, akhirat jua yang kekal abadi.
🌺 Semoga kita semua dalam lindungan, rahmat dan keampunan Allah sentiasa.aamiin.
#PKPD
#MukimSerada
#KitaJagaKita
No comments:
Post a Comment