UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN- SILA TEKAN LINK DI BAWAH ��

UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN: Https://wa.me/60199433531

Saturday, July 31, 2021

BAHAYA KER?



INFO DARI FACEBOOK 


Saya terpanggil utk mengulas isu penggunaan plastik dlm baking ni. Sebab, saya lihat penggunaannya amat meluas hingga melibatkan cara yg salah. Salah tu tak apa lagi, salah yg boleh mendatangkan bahaya kepada kita - pembuat juga pelanggan. 

Rasanya ramai yg tak tahu latar belakang saya. Keluarga saya ada sebuah kilang guni plastik yg beroperasi di Melaka. Pernah tengok gula 50kg dlm karung putih? Pernah dpt baja subsidi cap dacing? Silap2 yg anda pernah tengok itu dtgnya dr kilang kami.

Sebagai seorang usahawan yg terlibat secara langsung dlm industri plastik, saya ingin berkongsi sedikit maklumat dgn kawan2. 

Maafkan saya jika ada yg tersinggung, tetapi saya dapati ramai yg menggunakan plastik dlm proses masakan. Antara contoh ialah sosej homemade yg menggunakan plastik aiskrim, kek chocolate moist yg menggunakan bekas plastik utk dikukus dan memanaskan makanan atau minuman menggunakan bekas plastik yg bnyk terdapat di pasaran. Dan baru2 ni saya terbaca bekas SQ540 digunakan dlm ovek utk buat kek marble 😱😱😱😱😱.

Bahan kimia di dalam plastik, terdiri dari antimony (Sb) dan Bisphenol A (BPA)boleh meresap ke dlm cecair di dalam bekasnya jika dibiarkan lama di dalam panas. Kajian mendapati minum atau makanan yg tercemar dgn molekul kimia plastik ini boleh menyebabkan kanser.

Secara amnya, botol dan bekas plastik dibuat dari polyethylene terephthalate (PET) yg mengandungi 190–300 mg antimony utk 1kg PET.

Apa yg bahaya sgt ttg antimony (Sb) ini? Sb diklasifikasikan sbg salah satu punca karcinogen iaitu penyebab kanser pd sel2 manusia oleh International Agency for Research on Cancer di Amerika Syarikat. Pendedahan yg terlalu lama kpd Sb juga dikenalpasti sbg punca kpd kolesterol tinggi dan penurunan gula dlm darah.

Bagaimana dgn Bisphenol A (BPA)? BPA ialah bahan utama yg terdapat dlm lapisan bekas plastik & juga tin2 makanan. BPA dikatakan boleh menyebabkan kecelaruan hormon. Bagaimana ia berlaku? BPA dikatakan boleh menyerupai estrogen dgn mengeluarkan xenoestrogens (estrogen sintetik) dan melekatkan dirinya kepada saraf2 penerima estrogen. Tubuh akan menagaggapnga sebagai estrogen sebenar dan ini akan mengganggu tugas hormon sebenar. 

Bagaimana BPA masuk ke dlm badan? Dgn berbagai cara antaranya bekas ditinggalkan dlm keadaan panas melampau, bila dibasuh berulang kali atau bila ia berubah menjadi lembut bila dipanaskan.

Pun begitu, penggunaan plastik dlm kehidupan harian tidak boleh dipisahkan. Kita boleh memjadi bijak dgn mengambil langkah2 proaktif utk kesejahteraan diri. Antaranya...

•    Mengurangkan penggunaan plastik. Di setiap brgan plastik, terdapat tanda 3 segi sbg kod kitaran semula di bawahnya. Jauhi nombor 3, 6 and 7. Plastik dgn nombor 7 mengandungi BPA pd kadar yg paling tinggi.
•   Kurangkan makanan dlm tin. Gunakan bekas kaca utk menyimpan makanan. Beri perhatian kpd penutup bekas kaca yg diperbuat dr plastik sama ada mengandungi BPA atau tidak.
•    Elakkan dari menggunakan bekas plastik utk mikrowave. Meskipun ditulis “microwave safe.” Haba tinggi melemahkan molekul kimia plastik dan melepaskannya ke dlm makanan dan minuman yg dipanaskan.
•    Jgn gunakan bekas plastik utk makanan atau   minuman panas. Pastikan bahan2 sejuk dulu sblm menuangkanya ke dlm bekas plastik.
•    Jgn gunakan semula plastik yg khusus utk sekali penggunaan. Plastik2 ini tidak direka utk tahan haba & kesan basuh dgn sabun akan menyebabkan dindingnya terhakis dan bahan kimia dilepaskan. Contoh terbaik adalah botol air mineral.

•  Bagi yg menggunakan bekas BPA free, itu bukan bermakna boleh dipanaskan di dlm microwave. 

Bagaimana dgn ketupat dan lemang segera? Bukankah diperbuat dr plastik juga?

Bahan plastik utk ketupat itu tak sama dgn bahan utk buat bekas plastik ya. Plastik ketupat dan lemang itu menggunakan  High-density polyethylene (HDPE) iaitu salah satu jenis plastik yg dikhaskan utk gred makanan (food grade) dan ia adalah tahan sehingga suhu 1200°C sblm ikatan kimianya mula longgar. Lagipun utk ketupat, ianya hanya sekali penggunaan saja. Bukan berulang kali. Utk pengetahuan, plastik ini ada baaaaaaanyak gred utk bermacam2 kegunaan. 

Jangan tny saya apakah brand2 bekas plastik terkenal juga tidak selamat utk digunakan? 

Plastik adalah plastik sifatnya walau apapun bentuknya. Formula mudah utk kita ingati ialah - lihat kepada tujuan asal plastik tersebut dibuat. Adakah ianya mmg dibuat utk mengukus? Jika ya, pastikan ianya adalah high temperature food grade iaitu sesuai utk digunakan dgn makanan panas. 

Jangan anggap plastik yg selamat digunakan dlm mikrowave boleh digunakan di oven. Pemanasan oven & mikrowave bekerja pd cara yg berbeza. Pemanasan dlm oven ialah haba berterusan dgn suhu yg stabil. Bila haba tinggi pd kadar yg lama, ikatan kimia plastik akan terurai dan meresap dlm makanan. Pemanasan dlm mikrowave berbeza. Ketuhar gelombang mikro, sudah jelas bahawa haba dibebaskan bukan dr pemanasan tetapi melalui kaedah gelombang. 2 proses yg sgt berbeza kawan2. Dlm mikrowave, haba dihasilkan pd kadar sgt cepat dan ikatan kimia bekas plastik tak sempat terurai. Sbb itu dia selamat utk digunakan dlm mikrowave. Tetapi disarankan hanya 3-4  kali gunaan saja, lps tu kena buang ganti baru. Bukan pakai selagi hayatnya ada...

Mesti nanti saya dikecam teruk oleh seller2 yg jual kek coklat hantu, kuih talam & kek kukus buah. Saya tidak paksa utk menerima pendapat saya. Ini adalah sebahagian dari pesanan khidmat masyarakat dari saya utk bantu menyedarkan kawan ttg bahaya plastik ini.

Kalau kita tengok di luar negara spt Jepun & Australia, penggunaan plastik utk bekas makanan telah mula berkurangan. Di Jepun misalnya, botol susu plastik pun susah nak jmpa.

Sekiranya ada yg tidak bersetuju, tidak mengapa. Saya baca artikel2 tersebut sblm saya menulis post ini. Saya hanya berkongsi berdasarkan pengetahuan saya dgn pembacaan dan keterlibatan saya di dlm industri plastik ini selama hampir 15 tahun.

Semoga kita sama2 mendapat manfaat dari sedikit pengetahuan yg saya kongsikan ini demi utk kesejahteraan keluarga yg kita sayangi.

Rujukan:

Westerhoff, P., Prapaipong, P., Shock, E., Hillaireau, A. (2008). Antimony leaching from polyethylene terephthalate (PET) plastic used for bottled drinking water. Water Res. 42: 551–556.

World Health Organization. Water Sanitation Health: Antimony in drinking water.  Accessed 1 October, 2014. http://www.who.int/water_sanitation_health/dwq/chemicals/0304_74/en/index9.html

Fan YY, Zheng JL, Ren JH, Luo J, Cui XY, Ma LQ. (2014). Effects of storage temperature and duration on release of antimony and bisphenol A from polyethylene terephthalate drinking water bottles of China.  Environmental Pollution 192:113-20.

*Gambar ehsan Google. Terimakasih kepada pemilik gmbr sebenar.






Monday, July 26, 2021

YA ALLAH, AMPUNKAN SEGALA DOSA2 KU DAN SEMUA UMMAT NABI MUHAMMAD. AAMIIN


 

TIPS MENCARI KEBAHAGIAAN


 TIPS MENCARI KEBAHAGIAAN


1 - Bebaskan diri dari perasaan dendam, ego, sombong dan takut. 


2 - Hidup dalam kesederhanaan, memberi banyak dan mengharap sikit. 


3 - Isi dan penuhkan kehidupan dengan kasih sayang.


4 - Lupakan kepentingan diri dan ingatlah orang lain. 


5 - Lakukan kebaikan sesama manusia sebagaimana kita ingin diperlakukan.


2 perkara yang perlu diingati :


1 - Dosa diri sendiri. 

2 - Kebaikan orang lain.


2 perkara yang tidak perlu diingati :


1 - Kebaikanmu terhadap orang lain.

2 - Kesalahan orang lain terhadapmu.


2 perkara yang jangan sesekali dilupakan :


1 - Allah SWT.

2 - Alam Akhirat.


Alhamdulillah ♥️

Sunday, July 25, 2021

YA ALLAH, BANTULAH KAMI, LINDUNGILAH DAN RAHMATILAH SERTA AMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSA KAMI


 

*Assalamu'alaikum w.b.t*
Alhamdulillah atas nikmat kehidupan dan kesihatan yg dikurniakn hgga saat ini yg x mampu kami balas..
Ya ALLAH diawal pagi Ahad 15 Zulhijjah,
kami pohon rahmat dan redha Mu terhadap kami., Ampuni lah dosa2 kami ,dosa ayahbonda kami ,dosa mertua kami , pasangan kami , anak2 kami , saudara2 kami , jiran2 kami ,  sahabat2 kami , guru2 kami dan seluruh umat islam yg hidup maupun yg telah kembali pada Mu..Angkat la musibah Covid 19 in.hanya Mu ALLAH yg berkuasa atas segalanya.. Berkati kami sepanjang hayat kami Dan Redhai kami..
Ya ALLAH Panjangkan usia dan permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kami..
Bukakan lah pintu keikhlasan dalam tiap amalan soleh kami agar diterima disisiMu Ya ALLAH.

Murahkan Rezeki kami Rezeki yg baik dan halal....Bimbinglah kami ke jalan yang lurus jalan yang diredhai agar kami berjaya didunia dan akhirat .
Ya ALLAH.....
Selamatkan kami dari siksa kubur,Sensara di Masyar, mudahkn hisab kami , serahkan  buku catatan Amal kami dgn tangan Kanan kami Ya ALLAH..jadikan kaki kami melalui TITIAN SIRAT pantas seperti kilat..

Masukkan kami ke dalam SYURGA FIRDAUS Mu dengan  Rahmat dan Kasih sayangMu tanpa hisab...Hindari kami dari Azab siksa Neraka... Aamiinn🤲😢

Friday, July 23, 2021

MENGUBAH TAKDIR DGN TAKDIR

 MENGUBAH TAKDIR DGN TAKDIR


Berkata Syeikh Abd Qadir Jailani " Ramai yg terhenti pd takdir, sedangkan aku melawan takdir dgn takdir..


Pernah terjadi seorg pedagang yg mahu membawa dagangannya disatu tempat yg jauh, brp orang soleh ditemui minta pertunjuk, semua nasehat jgn pergi krn dlm solat istikhorah ,mrk melihat ada bahaya diperjalanan.


Apabila hal ini disampaikan pd Syeikh Abdul Qadir,dia mengizinkan pergi , dlm perjalanan tersebut,dia berehat dan tertidur dibawah pohon, tika itu ia bermimpi segala hartanya dirampas oleh perompak


Apabila dia bangun semua masih baik, apabila pulang dia menemui hamba yg soleh mengatakan dia dan harta selamat ,lalu hamba yg soleh berkata, " terima kasih pd Syeikh Abd Qadir krn dia telah menukar takdir mu hanya berlaku dlm mimpi sahaja dgn ibadah dan doa sepanjang malam..


Nabi Khidir alahi wasallam dikurniakan Allah dapat melihat takdir dlm masa hadapan, namun dia bukan hanya menerima takdir itu berlaku tetapi mengubahnya seperti membunuh budak kecil , jika dibiarkan besar , Allah perlihatkan pdnya budak tersebut merosakkan agama bapanya.


Begitu juga dia menebuk kapal yg ditumpangi krn telah diperlihatkan Allah bahwa kapal yg ditumpangi akn dirampas oleh tentera Raja  yg tamak.Dgn menebuk kapal tersebut,maka Raja tersebut tidak mengambil kapal tersebut..


Diperlihatkan takdir hadapan namun bangun melakukan sesuatu agar hal tersebut tidak terjadi.


Tiga perkara yg boleh mengubah takdir.


1. Amal kebaikan.


Beramallah kamu sekalian, karena beramal (berbuat kebaikan/ibadah) akan mengubah sesuatu yang buruk yang telah ditentukan-Nya padamu" (HR. Bukhori dan Muslim).


2. Sedeqah dan silaturahim


Sesungguhnya sedekah itu dapat memadamkan kemarahan Allah dan menolak ketentuan yang buruk.” (HR. Tirmidzi).


“Bersegeralah bersedekah, karena bala tidak pernah mendahului sedekah.” (HR. Thabrani).


“Sesungguhnya sedekah dan silaturahim itu dapat menambah umur dan menolak ketentuan buruk yang tidak disukai dan ingin dijauhi.” (HR. Abu Ya’la Alhambali)


3. Doa


Tiada yang bisa menolak takdir Allah, kecuali doa.” (HR. Tirmidzi, Hakim, Ahmad, dan Ibnu Majah).


Wallahualam...

TAKBIR RAYA TERAKHIR TAHUN INI INSYAALLAH.. HARI TASYRIK TERAKHIR...


 

Tuesday, July 20, 2021

APA ITU IBADAH KORBAN/ QURBAN?

 


Ibadah qurban merupakan satu ibadah (Ta’abbudi) yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. Di dalamnya terkandung banyak hikmah. Sejarah ibadah qurban bermula pada zaman Nabi Ibrahim A.S. 


Ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang telah digantikan dengan seekor kibas dengan kuasa Allah S.W.T. Ibadah qurban ini telah disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah. 


Mengikut istilah fiqh, qurban (al-udhiyah) bermaksud menyembelih haiwan tertentu sama ada unta, lembu atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, pada waktu tertentu iaitu bermula setelah selesainya Solat Hari Raya ‘Eidul Adha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah) kerana beribadah kepada Allah S.W.T., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.


Terdapat banyak dalil daripada Al-Quran, Hadis dan Ijma’ tentang pensyariatan ibadah qurban ini. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat berkaitan ibadah qurban antaranya firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Kautsar ayat 2 bermaksud;
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (qurban) sebagai (tanda) bersyukur”.


Firman Allah S.W.T. lagi di dalam surah al-Hajj ayat 36 bermaksud;
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.


Selain daripada itu, terdapat juga hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjadi dalil akan pensyariatan ibadah qurban. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”
(Riwayat al-Hakim).


Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis para ulama’ telah bersepakat bahawa ibadah qurban merupakan satu ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T ke atas hamba-hambaNya. Ianya merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. berdasarkan maksud firman Allah di dalam surah al-Soffat ayat 107:
Maksudnya : “Dan Kami tebus anaknya itu (Ismail) dengan seekor binatang sembelihan (kibash) yang besar”.

APA ITU HARI TASYRIQ? MENGAPA UMAT ISLAM ISLAM PADA HARI TASYRIQ DILARANG UNTUK BERPUASA?

APA ITU HARI TASYRIQ? MENGAPA UMAT ISLAM ISLAM PADA HARI TASYRIQ DILARANG UNTUK BERPUASA?


Hari tasyriq terjadi selama tiga hari dalam bulan Zulhijjah yakni tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijjah, umat Islam dilarang berpuasa saat itu.


Hari tasyriq termasuk dalam rangkaian hari Eidul Adha yang merupakan hari raya umat Islam serta hari untuk makan minum serta mengingat Allah SWT.


Sebutan lain untuk hari Eidul Adha yakni hari nahar, yang bererti hari untuk menyembelih.


Pada hari tersebut, umat Islam melakukan penyembelihan haiwan korban sebagai bentuk melaksakan syariat islam.


Umat Islam dapat menggunakan waktu tersebut untuk menyembelih haiwan korban jika pada hari nahar belum selesai melakukan penyembelihan.


"Dari Jubair bin Math’am dari Nabi saw. beliau bersabda:”semua hari Tasyriq adalah waktu penyembelihan (haiwan qurban)”. ( HR. Ahmad)


Hari tasyriq adalah hari umat Islam merayakan kemenangan dengan makan dan minum, tapi tetap mengingat dan mendekatkan diri kepada Allah.

Oleh kerananya, selama hari tasyrik, umat Islam dilarang berpuasa selama empat hari dari 10-13 Dzulhijjah.

 

AMALAN SUNAT UNTUK DIAMALKAN DI PAGI HARI RAYA AIDIL ADHA..

  AMALAN SUNAT UNTUK DIAMALKAN DI PAGI HARI RAYA AIDIL ADHA..


Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidul Adha....Maaf Zahir Dan Batin.


Pada waktu pagi hari raya Aidul Adha ini, eloklah jika kita mengikut beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan antaranya: 


1.  Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.

2.  Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.

3.  Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.

4.  Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.

5.  Sunat menjamah makan-minum selepas pulang dari masjid.

6.  Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.

7.  Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).

8.  Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.

9.  Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.

10. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

11. Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.


TAKBIR


Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).


Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.


IBADAH KORBAN


Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.


 

Nabi Muhammad SAW telah bersabda:


“Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.


Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.


HIKMAH AIDIL ADHA


1.  Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.

2   Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.


WALLAHU A'LAM...SEMOGA DAPAT DIMANAFAATKAN.

JOM TAKBIR RAYA


 

Monday, July 19, 2021

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA


 Assalamualaikum

🌻🌻Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir batin semua🌻🌻

🥰💝Didoakan semoga semua ,dan seisi keluarga

*🥰💝 Sihat walafiat, dipanjangkan umur & disembuhkan segala penyakit bagi yang sedang sakit di antara kami.*
*🥰💝 Dikurniakan zuriat yang soleh/ dipermudahkan segala urusan/rezeki yang berkat/ melimpahruah/Kejayaan hidup di dunia & akhirat*
*🥰💝 Ditetapkan iman/dirahmati/ diredhai Allah*
*🥰💝Diampunkan dosa kita,kedua ibu bapa dan ahli keluarga kita*.
*🥰💝Dikurniakan husnul khotimah"*

🥰🌻. *امين ... امين ... امين يا رب العالمين*
*سيروا علی بركة الله*،🌻🥰

Sunday, July 18, 2021

JOM SYUKUR ALHAMDULILLAH ATAS SEGALA KURNIAAN ALLAH


 

ADHIAH ATAU KORBAN


  • JOM ULANGKAJI BAB ADHIAH ATAU KORBAN 🐪🐂🐃🐐🐑🐏

  •  ADHIAH @ KORBAN itu SUNAT MUAKKAD ,
  •  - bagi orang Haji atau orang yang tidak mengerjakan haji.
  • HUKUMNYA TIDAK WAJIB MELAINKAN JIKA DINAZARKAN.

  • WAKTU KORBAN 
  • Mulai dari naik matahari pagi hari Nahar ( sepuluh Zulhijjah)
  • Tetapi yang Afdolnya - ditangguhkan sehingga matahari naik sekadar 7 kaki, dan BERKEKALAN WAKTUNYA hingga jatuh matahari hari 13 Zulhijjah.

  • BINATANG YANG SAH DIBUAT KORBAN
  • 1.Unta
  • 2.Lembu
  • 3.Kerbau
  • 4.Biri-biri
  • 5.Kambing

  • UNTA 
  • Boleh buat korban untuk 7 orang.

  • Demikian juga lembu dan kerbau secara share/kongsi.
  • BOLEH- 1 @ 2 share/kongsi untuk korban dan BAKINYA   5  share/kongsi untuk dimakan atau untuk dijual atau sebagainya.

  • UNTA
  • Disyaratkan berumur 5 tahun masuk ke 6.
  • LEMBU, KERBAU DAN KAMBING
  • Berumur 2 tahun masuk ke 3.

  • BIRI-BIRI
  • Berumur setahun atau sudah bersalin 2 batang gigi hadapan, sekalipun belum cukup umurnya setahun, padahal bersalinnya itu selepas umur 6 bulan ke atas.

  • SYARAT BINATANG ITU 
  • 1.Tiada cacat seperti tiada bertelinga atau ekornya telah terpotong.
  • 2.Tidak gila
  • 3.Tidak kudung
  • 4.Tidak sangat kurus
  • 5.Tidak buta dan sebagainya.

  • DISYARATKAN BERNIAT KORBAN KETIKA MENYEMBELIHNYA
  • Samaada sembelih sendiri atau wakil, dan Niat ketika memberi wakil.

  • HARAM MAKAN KORBAN WAJIB (KORBAN NAZAR)
  • Bahkan hendaklah DISEDEKAHKAN KESEMUANYA.

  • SUNAT MAKAN SEBAHAGIAN
  • Daripada KORBAN SUNAT, manakala yang bakinya disedekahkan mentah-mentah kepada fakir miskin, atau diberi kepada orang kaya sebagai hadiah.

  • BILA TELAH DITERIMA OLEH FAKIR MISKIN
  • Jadilah daging itu HAK MILIKNYA.
  • Dia boleh buat apa dia suka, samaada hendak makan sendiri atau diberi orang atau dijual atau sebagainya.
  • Orang yang punya korban tidak ada hak meletakkan syarat apa2 kepada fakir miskin itu.

  • HARAM DIJUAL KORBAN 
  • Oleh yang empunya korban, samaada dagingnya, atau tulangnya,atau kulitnya atau bulunya, dan HARAM JUGA BENDA-BENDA ITU JADI UPAH KEPADA TUKANG SEMBELIH.

  • TIADA SAH
  • Diperbuatkan korban bagi orang yang hidup MELAINKAN DENGAN IZINNYA,  KECUALI BAPA atau DATUK, HARUS membuatkan korban untuk anak dan cucunya daripada harta BAPA atau DATUK itu sendiri.

  • TIADA SAH
  • Diperbuatkan korban UNTUK ORANG YANG SUDAH MENINGGAL KECUALI DIA ADA BERWASIAT ( BARU SAH DIBUATKAN KORBANNYA).
  • Bila sudah diperbuatkan WAJIB DISEDEKAHKAN KESEMUA SEKALI.
  • ORANG YANG MEMBUATKAN ITU TIADA BOLEH MAKAN BAGI DIRINYA ATAU ORANG- ORANG YANG DI DALAM TANGGUNGANNYA kerana di dalam HUKUM TIDAK DILULUSKAN SESEORANG ITU BERSIFAT MEMBERI DAN DIA JUGA BERSIFAT MENERIMA.

  • SUMBER RUJUKAN BUKU:
  • IDAMAN PENUNTUT PADA MENGHURAIKAN YANG KUSUT ( ILMU FIQH)
  • OLEH HAJI ABDUL GHANI BIN HAJI YAHYA
  • PENGGAL YANG PERTAMA.

Saturday, July 17, 2021

INFO JPJ TRG


 HEBAHAN AWAM
+++++++++++++++

MULAI 18 JULAI 2021, KAUNTER JPJ KUALA TERENGGANU, CAWANGAN KEMAMAN, BESUT DAN UTC KUALA TERENGGANU MULA BEROPERASI SECARA TEMUJANJI MELALUI TEMPAHAN DALAM TALIAN MELALUI PAUTAN BAHARU SEBAGAIMANA BERIKUT:

https://www.picktime.com/jpjterengganu 

NOMBOR GILIRAN URUSNIAGA AKAN DIBERIKAN DI PEJABAT SETELAH PELANGGAN HADIR MENGIKUT TEMUJANJI YANG DIBUAT.

TEMUJANJANJI YANG BERJAYA SAHAJA AKAN DIBENARKAN MASUK PADA HARI TERSEBUT.

JANGAN LUPA UNTUK TANGKAP LAYAR (SCREENSHOT) SEBAGAI BUKTI TEMPAHAN ANDA BERJAYA.

SEKIAN,TERIMA KASIH.

**DITUTUP PADA HARI ISNIN, SELASA DAN RABU  (19/7 - 21/7/2021): CUTI HARI ARAFAH, HARI RAYA HAJI PERTAMA DAN KEDUA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA, MAAF ZAHIR DAN BATIN



 

Saturday, July 10, 2021

JOM BERAMAL- 10 HARI TERAWAL BULAN ZULHIJJAH

  JOM BERAMAL- 10 HARI TERAWAL BULAN ZULHIJJAH 

Tiada hari yang paling disukai Allah SWT untuk dilakukan amalan soleh padanya melainkan 10 Hari Terawal Bulan Zulhijjah (Sahih al-Bukhari, 969)

InsyaAllah bermula maghrib malam ini, kita akan memasuki bulan Zulhijjah 1442H. 




BERHARAPLAH HANYA KEPADA ALLAH


 

MUHASABAH DIRI-JOM SAMA2 DIDIK DIRI DAN GENERASI BARU MENJADI GENERASI ISLAMI DAN QUR'ANI- BERPEGANG TEGUH DENGAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

 Dunia ini hanya sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kadang- kadang kita terlalu sibuk dengan urusan dunia, hingga membelakangkan bekalan untuk akhirat. Bila ditimpa musibah atau ujian, baru kita kembali kepada Allah.


"Tiada cara untuk kita membentuk masa depan di padang mahsyar yang cerah dan selamat kecuali dengan kita segera kembali kepada Allah. Didik diri kita dan generasi menjadi generasi Islami Dan qur'ani agar dengan mereka nanti boleh mendoakan kita setelah kita semua mati"...


Semoga Allah Taala mempermudahkan segala urusan kita, memberi petunjuk, rahmat dan pertolongan, mengampunkan segala kesalahan kita semua dan di terima segala amal ibadah, amal bakti kita. Ya Allah, jadikanlah kami anak -anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kedua ibu bapa kami. Aamiin. 

Wednesday, July 7, 2021

NAK ULANGKAJI PELAJARAN SEKOLAH RENDAH? JEMPUTLAH TEKAN LINK DI BAWAH.

 Assalamualaikum.

Jika kamu nak isi masa terluang/masa lapang, jemputlah ke blog ustazah ,Nak Bahan PDPR dan bahan PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH?


https://blogpislamustazahjuwairiah.blogspot.com/


Semoga serba sedikit memberi manfaat kepada yang memerlukan.Halal, silakan guna.Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki, dalam lindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan.aamiin

Tuesday, July 6, 2021

Jom tengok2 gambar dulu, save nombor dulu 🧕🧕🤵🤵 HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG 🌺MURAH 🌺 BUDGET 🌺 PROMOSI BULAN JULAI 2021- 🌺Rm150 : Isnin - Khamis 🌺RM180: Cuti & Jumaat - Ahad BLOG : https://homestaybaitijannatikgbaruseradaktrg.blogspot.com BOLEH HUBUNGI KAMI : 📞 Call @ whatsapp: https://wa.me/60199433531 https://wa.me/60146690277


 

TERIMA KASIH DI ATAS INFO DARIPADA SHAHFAR BIN BASIR SHAHFAR- BUKIT SENTOSA

INFO DARIPADA SHAHFAR BIN BASIR SHAHFAR- BUKIT SENTOSA


 Jika anda di jemput ambulan ke Hospital, untuk kuarentin bawa barang-barang ini sahaja👇👇:


1. MyKad. Kad bank tidak perlu.

2. Wang tunai jumlah yang sedikit. 

3. Pergi pakai selipar. 

4. Masa pergi pakai T-Shirt sahaja.

5. Baju panas kain cotton.

6. Satu persalinan baju discharge nanti. 2-3 set pakaian. Tidak perlu baju banyak-banyak. Nanti kena pakai pakaian pesakit hospital. Tidak akan dapat cuci atau jemur pakaian di wad.


7. Alat mandian, sabun, berus gigi dan sebagainya

8. Kain tuala.

9. Kain pelikat dan sejadah bagi yang muslim.


Jangan pakai jam dan barang hiasan seperti rantai emas.


10. Telepon dengan charge.

11. Earphone.


Seandainya anda meninggal dunia. Kemungkinan barangan selain perkara 1. 2. 10.  dan 11 sahaja akan dikembalikan. Yang lain akan di ambil oleh Hospital untuk tindakannya, mungkin di  bakar dan tidak di pulangkan.


12. Bawalah beg baju yang kecil bukan beg travel.


13. Bimbang kelewatan  masuk ward di Hospital bawa makanan ringan seperti roti dan dua tiga botol air mineral sedia di dalam kotak untuk mudahkan dibuang. 


14. Bawa botol air,  thermos, cawan dan sudu. Kalau kerap makan, bawa lah minuman 3 in 1 dan biskut² utk kunyah²🙂


15. Tulis atas kertas nama-nama pewaris yang lain, selain yang telah di rekodkan untuk diberi kepada Frontliner setelah masuk dalam ward. Untuk orang tua atau kanak-kanak, lekatkan sticker nama dan no telefon anak/waris, ibubapa pada beg mereka.


16. Ubatan (current medications) yang diambil jika ada. Minyak angin, minyak sapu jika mahu, bawa. Segala supplemen yang tidak boleh ditinggalkan, bawalah. (sebarang penghantaran barangan selepas masuk wad hospital tidak dibenarkan) Gambar senarai ubatan, dos dan kekerapan.


17. Pampers dan tisu basah bagi pesakit yang strok/tidak bermaya/tua. Gigi palsu orang tua bawa juga nanti tidak dapat makan. Jangan lupa bawa cermin mata/walker/tongkat jika perlu.


(Sila terangkan pada orang tua, tiada pelawat nanti dibenarkan, nanti dia merajuk pula korang tidak datang melawat.) Reload dan sambungkan internet secukupnya pada handphone orang tua anda. Sebaiknya ajarlah gunakan smartphone, cara  whatsapp, videocall sejak awal-awal lagi. 


18. Seluar dalam pakai buang jika perlu. Tuala wanita jika perlu.


19. Beberapa buku untuk dibaca jika boleh membaca untuk menghilangkan bosan. (Ramai pesakit bawa buku silang kata, crossword, sudoku dan buku bacaan agama)


Semoga selamat sihat dan kembali ke rumah dengan segera.

Monday, July 5, 2021

HEBAHAN KAUNTER JPJ K.TRG


 HEBAHAN AWAM

================


MULAI 6 JULAI 2021, KAUNTER JPJ KUALA TERENGGANU MULA BEROPERASI SECARA TEMUJANJI MELALUI TEMPAHAN DALAM TALIAN MELALUI PAUTAN BERIKUT.


BAHAGIAN PELESENAN KENDERAAN: 09-6212216

https://forms.gle/teJArjmuUchJEV7V9


BAHAGIAN PELESENAN PEMANDU: 09-6212262

https://forms.gle/r9WQw7NVh23HUhnw7 


BAHAGIAN PENGUATKUASA: 09-6212293

https://forms.gle/v2p8Fe5QxTW14bsF9


BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF: 09-6212288

https://forms.gle/aMqrmiTQXy8LTmAD9


UNIT KESELAMATAN JALAN RAYA DAN KORPORAT: 09-6212200

https://forms.gle/xLsRY1cATmCJqkkN8 


BAGI URUSNIAGA DI JPJ CAWANGAN KEMAMAN DAN BESUT MASIH KEKAL MELALUI KAD TEMUJANJI BERJADUAL.


JPJ CAWANGAN KEMAMAN : 09 – 8592390

JPJ CAWANGAN BESUT: 09-6958757


JPJ CAWANGAN UTC KUALA TERENGGANU MASIH DITUTUP.

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

JOM TEMPAH AWAL2 😍

JOM TEMPAH AWAL2 😍
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DALAM SETIAP KEADAAN

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DALAM SETIAP KEADAAN

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

MASTER BEDROOM- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

MASTER BEDROOM- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

DAPUR HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

DAPUR HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SUDAH PASANG AIRCOND: BILIK KE TIGA HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SUDAH PASANG AIRCOND: BILIK KE TIGA HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

ADA AIRCOND: MASTER BEDROOM HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

ADA AIRCOND: MASTER BEDROOM HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

TANDAS MASTER BEDROOM- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

TANDAS MASTER BEDROOM- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

HADAPAN HOMESTAY- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

HADAPAN HOMESTAY- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

RUANGAN REHAT KELUARGA- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

RUANGAN REHAT KELUARGA- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

GAZEBO UNTUK SANTAI2- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

GAZEBO UNTUK SANTAI2- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

GAMBAR MASA PINTU PAGAR KE 2 BLM SIAP- JOM TEMPAH HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

GAMBAR MASA PINTU PAGAR KE 2 BLM SIAP- JOM TEMPAH HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

BILIK KE DUA- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

BILIK KE DUA- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

PINTU PAGAR UTAMA/PERTAMA-SEBARANG PERTANYAAN & TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

PINTU PAGAR UTAMA/PERTAMA-SEBARANG PERTANYAAN & TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

TANDAS KE DUA- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

TANDAS KE DUA- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

VISIT TO LIKE MY PAGE. TERIMA KASIH

VISIT TO LIKE MY PAGE.  TERIMA KASIH
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK KE PAGE HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

HARGA PROMOSI. SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

HARGA PROMOSI. SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

LAMAN DAN PARKING - SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

LAMAN DAN PARKING - SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

TERIMA KASIH BANYAK2 KEPADA SEMUA YANG SUDI REVIEW YG BAIK2 TENTANG HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU

TERIMA KASIH BANYAK2 KEPADA SEMUA YANG SUDI REVIEW YG BAIK2 TENTANG HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK REVIEW - ADA LINK DI SITU. JEMPUT REVIEW BAGI YG SUDI

JOM DOA SAMA2

JOM DOA SAMA2

SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU
SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

TARIKH KEKOSONGAN TERKINI HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG 😍

                                                        🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴                  BOOKING  TAHUN 2024           🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴    ...

CARA TEMPAH HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

CARA TEMPAH HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

Labels

POPULAR POST

JOM TEMPAH AWAL2 HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

JOM TEMPAH AWAL2 HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU