UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN- SILA TEKAN LINK DI BAWAH ��

UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN: Https://wa.me/60199433531

Tuesday, June 29, 2021

JOM AMALKAN BACA AL-QURAN


 

YA ALLAH, SELAMAT AMBE DARI PERKARA2 YANG TIDAK DIINGINI. MAAF, TAKUT AMBE .KALAU SEBUT " NAK VERIFY BANK AKAUN TU" DAH ADA CIRI2 SCAMMER.

MAAF,  TAKUT AMBE .KALAU SEBUT " NAK VERIFY BANK AKAUN TU" DAH ADA CIRI2 SCAMMER. 


BERAPA RAMAI DOH ORANG KENA TIPU DENGAN SCAMMER. 

BAIK AMBE AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA.


Maaf banyok, ambe bukan tak boh terima tetamu,  tapi kalau sangat2 meragukan, ambe dok ikut neh. Ada ke patut, nok transfer duit nok sewa homestay , dengan nombor kp ambe sekali dia mitok. Berapa ramai tetamu doh yang menginap sewa homestay ni, setakat nok transfer,  nama penama dan nombor akaun pun boleh transfer doh.

Maaf lah, Ambe dah suruh dia cari homestay lain. Jika lepas ini dia wasap @ tanya homestay tuan/puan pula,  

Antara info yang dia beritahu ambe : 

1.Dia bagi alamat Balai Bomba  Wakaf Tapai, tapi alamat tak lengkap.Kata cari homestay untuk orang lain.

2. Mulanya kata nak pergi tengok homestay dulu.

3. Esoknya kata tak jadi tengok, dan dia tanya boleh tak ambe tinggal kunci kat mana2 dulu sebab dia dok tahu nak masuk pukul berapa (deposit tak bagi tapi nak kunci?) Takut ambe nak bagi.

4.Minta resit walhal tak bayar deposit apa2 pun lagi.

5. Dia minta ic dengan bagi alasan

 1. Pertama sebab office dia minta siap forward wasap" Tolong minta owner to provide Ic Number nak verify bank account"

2. Alasan kedua kononnya hq dekat subang nak bayar, sebab tu minta ic pemilik homestay.


MAAF,  KALAU SEBUT " NAK VERIFY BANK AKAUN TU" dah ada CIRI2 SCAMMER. 


AMBE MITOK MAAF, AMBE TAK BOH AMBIL APA-APA RISIKO. DIPERSILAKAN CARI HOMESTAY LAIN.

WALLAHUA'LAM 

MASA PKP, KITA TUKAR PAGAR. HEHEHE


GAMBAR SELEPAS 


GAMBAR SEBELUM 


Monday, June 28, 2021

TAUBAT

 Rasulullah SAW telah bersabda (maksud), “Setiap manusia pasti banyak melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah itu adalah orang yang sering bertaubat". (Riwayat at-Tirmidzi : 2687)

Friday, June 25, 2021

PENAMATAN PKPD MUKIM BUKIT BESAR DAN MUKIM SERADA PADA 26 JUN 2021- TERUSKAN JAGA SOP DAN AMALKAN NORMA BAHARU


 

Penamatan PKPD Mukim Bukit Besar dan Mukim Serada, Kuala Terengganu, Terengganu 

 

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Bukit Besar dan Mukim Serada, Kuala Terengganu, Terengganu yang dijadualkan tamat pada 26 Jun 2021.


Sepanjang tempoh itu, KKM telah melakukan 3,374 ujian saringan dan 31 daripadanya disahkan positif COVID-19.


KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.


Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Mukim Bukit Besar dan Mukim Serada, Kuala Terengganu, Terengganu pada 26 Jun 2021 (11.59 malam), seperti yang dijadualkan.


-MKN

Thursday, June 24, 2021

HADIS ZIKIR KELUAR RUMAH

 


ZIKIR KELUAR RUMAH 


عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ مَا خَرَجَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم مِنْ بَيْتِي قَطُّ إِلاَّ رَفَعَ طَرْفَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ: “اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عليَّ


Daripada Ummu Salamah, beliau berkata: Nabi SAW tidaklah keluar dari rumahku kecuali baginda menghadapkan pandangannya ke langit, lalu baginda membaca dzikir: Allahumma inni a’udzu bika an adhilla aw udhilla, aw azilla aw uzalla, aw azhlima aw uzhlama, aw ajhala aw yujhala ‘alayya [Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari aku tersesat atau disesatkan orang lain, dari aku tergelincir atau digelincirkan orang lain, dari aku menzalimi atau dizalimi orang lain, dari kebodohanku atau dibodohkan orang lain]” (HR. Abu Daud No 5094) Status Hadis Sahih.


Pengajaran:


1.  Rasulullah SAW adalah contoh ikutan terbaik.


2.  Antara adab ketika keluar dari rumah ialah berzikir memohon perlindungan kepada Allah;


اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عليَّ


3.  Zikir ini mengandungi permintaan perlindungan dari beberapa perkara:


a)  Meminta perlindungan dari perkara yang berkaitan dengan agama iaitu perlindungan dari kesesatan atau disesatkan sama ada oleh Syaitan, Jin juga manusia yang ingin menjauhkan dari jalan yang lurus.


b)  Meminta perlindungan dari perkara yang berkaitan dengan masalah dunia iaitu menzalimi diri sendiri dengan dosa atau dizalimi orang lain dalam jiwa, harta dan kehormatan.


c)  Meminta perlindungan dari perkara yang berkaitan dengan interaksi dalam masyarakat iaitu tergelincir dalam dosa atau digelincirkan oleh orang lain dengan kejahatan mereka.


d)  Meminta perlindungan dari kejahilan (kebodohan) diri sendiri atau diperbodohkan orang lain.


JOM amalkan doa ini ketika keluar rumah.


Thursday, June 17, 2021

Tuesday, June 15, 2021

3 AMALAN

 Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda (maksud); "Apabila mati seseorang itu, maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.” (Riwayat Muslim : 1631)

NAK BAHAN2 PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH? FREE JER. SEMOGA DAPAT MEMBERI MANFAAT SERBA SEDIKIT KEPADA YANG MEMERLUKANNYA.

 

BLOG PENDIDIKAN ISLAM USTAZAH JUWAIRIAH MUDA 


Tekan link di bawah untuk lawati blog

https://blogpislamustazahjuwairiah.blogspot.com/





Sunday, June 13, 2021

JADILAH UMPAMA LEBAH

 Jadilah Umpama Lebah


Dalam hidup ini, setiap kita menginginkan kehidupan yang membahagiakan. Bahagia pada dirinya dan bahagia juga kepada orang lain. 

Setiap kita mengharapkan agar menjadi orang yang berguna dan bermanfaat pada diri, keluarga, masyarakat dan negara. 


Kita lihat kehidupan lebah. Tanpanya kita mungkin tak kenal madu yang terbukti mempunyai pelbagai khasiat.


Rasulullah SAW mengumpamakan mukmin seperti lebah.


 عَن عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ....إِنَّ مَثَلَ الْمُؤْمِنِ لَكَمَثَلِ النَّحْلَةِ أَكَلَتْ طَيِّبًا وَوَضَعَتْ طَيِّبًا وَوَقَعَتْ فَلَمْ تُكْسَرْ وَلَمْ تَفْسُدْ


Dari Abdullah bin Amru bin al-As, Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda….: "Sesungguhnya perumpamaan seorang mukmin adalah seperti lebah, ia makan yang baik-baik, mengeluarkan yang baik-baik, bila ia hinggap tidak membuat dahan patah dan rusak." (HR Ahmad No: 6577) 


Lebah sentiasa memastikan makanan yang baik-baik diperolehi daripada pelbagai bunga di sekelilingnya dan dia mengeluarkan kembali dalam bentuk madu untuk manfaat manusia. 


Jadilah kita seperti lebah yang bukan sahaja menghasilkan madu malah berperanan secara semulajadi membantu proses pendebungaan bunga-bunga yang dihinggapi olehnya. Sementara itu, apa yang diambil daripada bunga bukan untuk kepentingan dirinya malah untuk memberi manfaat kepada orang lain.


Jadilah kita seperti lebah, mendapat sesuatu dari sumber yang baik, menggunakan dan menyumbang sesuatu yang baik dan bermanfaat kepada manusia lain. Begitulah kehidupan Mukmin, di mana-mana kita berada, kita bukan beban tetapi aset kepada orang lain. 

 

Jika lebah meninggalkan legacy madunya, setiap mukmin perlu berusaha meninggalkan warisan yang unggul (legasi) di mana pun kita berada, dan berlumba untuk meninggalkan kebaikan. 


Perlu diingat, kualiti madu yang dihasilkan oleh lebah bergantung pada sumber yang menghasilkan madu. Kita haruslah memastikan ‘sumber-sumber'nya iaitu guru yang mendidik, ilmu yang diperolehi, pentarbiahan yang membentuk diri kita, rakan-rakan seperjuangan yang bersama kita, jemaah yang kita bergabung dengannya.


JOM menjadi perumpamaan seperti lebah. Di mana pun dia hinggap, dia tidak merosakkan pokok malah memberi manfaat kepada proses pendebungaan dan menyumbang legasi madunya.


LANJUTAN PKPD BAGI MUKIM SERADA MULAI 13.6.2021 HINGGA 26.06.2021.

 








LANJUTAN PKPD BAGI MUKIM.SERADA MULAI 13.6.2021 HINGGA 26.06.2021.

Untuk makluman semua kawasan dan laluan di dalam PKPD MUKIM SERADA akan DITUTUP untuk pergerakan KELUAR DAN MASUK sehingga 26.6.2021.

Sekiranya terdapat apa-apa masaalah yang memerlukan PERGERAKAN KELUAR DARI MUKIM, boleh dapatkan SURAT KEBENARAN DARI PRDM di BALAI BERGERAK yg akan disediakan di hadapan Dewan Sivik Serada

Hanya sebab yang di benarkan sahaja di beri KEBENARAN.

Bagi yg yang terpaksa BEKERJA DAPATKAN SURAT DARI MAJIKAN YANG MENGESAHKAN PERLU HADIR UTK BERTUGAS. 

🌺 Harap maklum untuk persediaan MENTAL DAN FIZIKAL.
🌺 Sama-sama jaga SOP dan norma baharu.
🌺 Tingkatkan amal ibadah dan bersabar serta tabah dengan ujian Allah.
🌺 Saling bantu membantu di jalan Allah.
🌺 Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya dan kita sebagai hamba Allah perlu yakin dengan Qadak dan Qadar ketentuan Allah.
🌺 Walau apa jua tindakan dan persiapan yang telah kita buat, percayalah, setiap ketentuan Allah ada hikmahnya dan Ujian Allah hanya untuk hambaNya yang layak.
🌺 Jika kita tidak di uji, ambil iktibar dengan ujian orang sekeliling kita, kita doakan yang baik- baik serta cuba bantu ikut kadar kemampuan kita dan janganlah kita fitnah yang bukan-bukan.
🌺 Hidup di dunia hanya sementara,  akhirat jua yang kekal abadi.
🌺 Semoga kita semua dalam lindungan, rahmat dan keampunan Allah sentiasa.aamiin.


#PKPD
#MukimSerada
#KitaJagaKita



SELAMAT BER "PDPR" KEMBALI




 

Thursday, June 10, 2021

SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH SERTA MENERIMA SEGALA AMAL IBADAH KITA. AAMIIN


 

PESANAN ULAMA BESAR YANG BERTUGAS DI KUSZA DULU...

  Ulama besar yang bertugas di kusza dulu...




كات گوروكو-رحمه الله- 

Khas kepada pelajar Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombeng rahimahullah, Tuan Guru kata kalu saya ingin kehidupan ( memperolehi harta ) lebih baik saya kekal di Mekah. Tapi saya pulang ke tanah air untuk sebar ilmu dan berdakwah.


Tuan Guru pesan , hendaklah anda semua ada mini pondok di kampung masing-masing.


Oleh itu hendaklah mengajar di tempat masing-masing. Jangan hanya berpada mengajar di sekolah atau universiti atau seumpamanya.


Libatkan diri dengan aktiviti dakwah dan penyampaian ilmu. Islam bukan hanya ada dalam pagar sekolah atau uni saja.


Selamat menunaikan amanah ilmu.


Wednesday, June 9, 2021

PERUMPAMAAN ORANG BERIMAN

 Rasulullah SAW bersabda (maksud), "Perumpamaan orang beriman yang saling sayang menyayangi, berlemah lembut dan kasih mengasihi adalah seperti satu badan. Jika ada anggota badan yang sakit, ia menyebabkan seluruh tubuh sentiasa terjaga (tidak dapat tidur) dan demam (Riwayat al-Bukhari : 5665)

Tuesday, June 8, 2021

ANDA SUDAH DAFTAR DAN DAPAT SUNTIKAN VAKSIN COVID-19? ALHAMDULILLAH, SAYA SUDAH SELESAI DOS KE 2. SEMOGA ALLAH ANUGERAHKAN KESIHATAN YG BAIK DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA. AAMIIN

 

PERKONGSIAN PENGALAMAN SELEPAS SUNTIK VAKSIN COVID-19 DOS KE 2.


PESANAN IKHLAS, SESIAPA NAK SUNTIK  VAKSIN COVID-19 TERUTAMANYA DOS KE DUA, DI NASIHATKAN SEDIA AWAL2  PANADOL ATAU UBAT DEMAM DAN UBAT BATUK, KUT2  KESAN SAMPINGAN VAKSIN DOS KE DUA TU KUAT MACAM YANG AMBE KENA.

PERKONGSIAN PENGALAMAN SELEPAS SUNTIK VAKSIN COVID-19 DOS KE 2.

INI PENGALAMAN AMBE SENDIRI, TAPI SETIAP ORANG TAK SAMA KESAN SAMPINGAN LEPAS SUNTIK VAKSIN COVID-19 DOS KEDUA. KALAU TUAN/PUAN/ENCIK/ CIK DOK SAMA KESANNYA DENGAN AMBE, JANGAN MARAH NEH.

🛑Hari pertama: (10.5.21- ISNIN)
📜Pulang rumah , masa tu rasa ok jer.Cuma rasa mengantuk sangat- sangat.
📜Petang mula sakit kepala,pinggang,sakit- sakit sendi, sakit badan.
📜Malam makin sakit. Mula makan panadol (Kebetulan ada beberapa biji di rumah). Alhamdulillah. 

🛑Hari Ke 2: (11.5.21- SELASA)
📜Rasa sakit makin bertambah.Asyik baring je, tak larat langsung.
📜Sakit kepala tak tahu nak cerita.
📜Sakit pinggang, Allah jer yang tahu.

🛑Hari ke 3: (12.5.21 - RABU)
📜Badan masih sakit, dah mula batuk-batuk.
Sakit dada bila batuk.Rasa tak lawas nak bernafas.Rasa tengkuk tu sempit jer.

🛑Hari ke 4: (13.5.21- KHAMIS)
📜Sakit kepala ,pinggang sangat-sangat, tak larat, batuk-batuk makin menjadi-jadi. 
📜Malam batuk makin kuat dan badan rasa nak demam, rasa sejuk bukan main, susah nak tidur, sebab asyik batuk-batuk. Tidur kena pakai selimut tebal.

🛑Hari ke 5: (14.5.21- JUMAAT)
📜Mula demam, sakit kepala dan pinggang belum berkurang.
📜Paginya pergi klinik swasta, klinik tak nak terima bila beritahu demam.Sedih pula rasa, yelah ambe demam sebab SUNTIK VAKSIN COVID-19 DOS KE 2 kut, bukannya demam sebab covid. 
📜Klinik swasta tu suruh pergi klinik kerajaan.

📜Pergi klinik kerajaan (Klinik Kesihatan Selayang Baru) yang berhampiran rumah, tapi hari ni cuti raya, klinik tutup, tapi pergi juga ke bahagian kecemasan.
📜Pengawal keselamatan suruh tunggu dekat orang ramai berkumpul bawah khemah, bila tanya mereka kat bawah khemah, rupanya mereka tu semua orang yang dah sah positif covid-19.Terkejut ambe, bakpe pulok, "pok guard " ni suruh ambe duk sini?.ambe try cari staf klinik, staf tu suruh pergi hospital kerajaan 
📜Ambe pun bergerak pergi ke Hospital Selayang semata-mata nak ubat demam dan ubat batuk.
📜Sampai hospital lepas tunggu lama, pergi ke zon itu dan ini, akhirnya buat ujian darah, tunggu lagi, lepas jumpa doktor, alhamdulillah ujian darah ok, lepas tu balik rumah lepas dapat ubat demam dan batuk.alhamdulillah. Sampai rumah terus makan ubat.
📜Alhamdulillah, malamnya boleh tidur lepas makan ubat.

🛑Hari ke 5:  (15.5.21- SABTU)
📜Masih demam dan batuk.Tapi rasa ok sikit berbanding semalam.Sakit kepala dan pinggang ada kurang.
📜Selsema pula hari ini.Kepala rasa berat jer.
📜Boleh tahan kuat ubat demam dan ubat batuk ni, lepas sarapan terus makan ubat, kemudian mengantuk dan tidur.
📜Malamnya nak try tak nak makan ubat, nk tengok boleh tidur ke tak.
📜Hmmm susah pula mata nak tidur, kepala sakit, bangkit dan basahkan kepala dengan air.

🛑Hari ke 6 : ( 16.5.21 - AHAD )
📜Pagi masih selsema dan sakit kepala,  bangun pukul 4.00 pagi makan panadol, baru boleh tidur.
📜Lepas sarapan terus makan ubat demam dan ubat batuk, semoga diri ini cepat2 sembuh.aamiin.

🛑Hari ke 7 : ( 17.5.2021 - ISNIN )
📜Bangun pagi terus makan ubat, al- maklumlah, hari ni dah start kerja.
📜Alhamdulillah,  demam makin reda, batuk-batuk ada lagi, dan kepala rasa berat lagi.

🛑Hari ke 8 : ( 18.5.2021 - SELASA )
📜Masih batuk- batuk.
📜Tubuh masih rasa lemah2.
📜 Alhamdulillah,  Allah punya kuasa, kebetulan sekarang kerja dari rumah PDPR.


🛑Hari ke 9 : ( 19.5.2021 - RABU )
📜 Hari ini cuba puasa sunat
📜 Masih batuk2
📜 Kepala sakit
📜 Dada pun sakit, rasa macam tak lega nak bernafas. Tapi cuba bertahan, nak puasa juga hari ini, kalau berbuka pun, bukannya ada selera nak makan sangat.Hehehe.
📜Ubat demam dan batuk pun kebetulan dah habis.
📜Sapu vick kat kepala, tengkuk, dada. Semoga ambe cepat2 sembuh.aamiin 
📜Lepas berbuka, makan panadol, terima kasih En.suami tolong beli tadi sebelum balik kerja.Alhamdulillah.
📜Lepas isyak, rehat dan tidur.

🛑Hari ke 10 : ( 20.5.2021- KHAMIS )
📜Masih batuk2, cuma kurang sikit.
📜Rasa macam dah tak demam, cuma sakit kepala tu ada lagi.
📜Hari ni tak puasa lagilah, nak makan ubat.
📜Bila batuk, cepat2 minum air kosong supaya kurang perit tengkuk.

🛑Hari ke 11 : (21.5.2021 - JUMAAT)
📜Pagi2 dah makan panadol awal2 sebelum PDPR.
📜Hari ni boleh tahan jadual PDPR. Takpe, ambe sayang anak-anak murid ambe.Rasa bahagia dapat mengajar.alhamdulillah. 
📜Tengkuk rasa perit lagi.
📜Terfikir agak- agak orang lain yang terima vaksin dos ke 2 ni memang rasa macam ambe jugok ke? Wallahua'lam 


📜Syukur alhamdulillah, TERIMA KASIH YA ALLAH di atas segala kurniaanMU.
SEMOGA ESOK AMBE SUDAH SIHAT WALAFIAT SEMULA. AAMIIN.

Inshaa Allah... ...dengan izinNYA tiada yang mustahil. Kun faya kun.

🌞 Sesiapa yang belum daftar, sila daftar dan dapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebagai ikhtiar kita mencegah sesuatu yang lebih memudaratkan.

🌞 Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan melindungi kita dari perkara2 yg tidak diingini.  insyaAllah. Aamiin.

ANTARA GAMBAR KENANGAN KETIKA HADIR TEMUJANJI UNTUK SUNTIKAN VAKSIN DOS KE 2.










JOM KITA SOLAT SEBELUM KITA DI SOLATKAN


 



Now tell me what is your excuse for not praying ?



MUKMIN DENGAN MUKMIN LAIN UMPAMA BANGUNAN SALING MENGUATKAN ANTARA SATU SAMA LAIN

 Daripada Abu Musa RA, daripada Nabi SAW bersabda (maksud), "Seorang mukmin dengan mukmin lainnya bagaikan satu bangunan yang menguatkan antara satu sama lain. Kemudian Nabi SAW menyatu erat kedua-dua tangannya. (Riwayat Imam al-Bukhari : 2446)

Sunday, June 6, 2021

IMAM SYAFIE

 IMAM SYAFIE 




Ⓜ️ KEBANYAKAN KITA BERMAZHABKAN IMAM SHAFIE.. NAMUN TAHUKAH KITA BAGAIMANA KISAH KEWAFATAN IMAM SYAFIE YANG AMAT MENYEDIHKAN…


KISAH kewafatan Imam kita, Imam Syafie yang amat menyedihkan kita semua…


Imam Syafie meninggal pada usia muda ya, iaitu sekitar umur 54 tahun. 


Kalau nak ikutkan pada zaman sekarang belum pencen lagi, tetapi sumbangan beliau kepada umat Islam tidak dapat disangkal lagi. 


Terlalu besar dan agung.


Beliau menghidap penyakit buasir, bukan biasa-biasa penyakit itu, tetapi agak kritikal sehingga dikatakan apabila dia bangun dari tempat duduk ceramahnya, maka kelihatan darah yang keluar seolah-olah seperti darah haid.


Semakin hari penyakit Al-Imam semakin parah, maka anak murid beliau datang melawat beliau.


Anak muridnya bertanya khabar:


يا إمام، يا أبا عبد الله ، كيف أصبحت؟Wahai Imam Aba Abdallah, bagaimana keadaaan Imam pagi ini?

Imam Syafie menjawab:

أصبحت من الدنيا راحلا

Aku pada pagi ini akan berkelana daripada dunia.

ومن الإخوان مفارقا

Akan berpisah daripada kawan-kawan.

وإلى كأس المنية شاربا

Kepada segelas kematian aku akan hirup.

ولا أدري أمصيري إلى الجنة أم إلى النار


Dan aku tidak tahu nasibku akan ke syurga atau ke neraka.


Begitu tawadu’nya Imam Syafie walaupun sumbangan beliau tidak terhingga kepada agama, tetapi masih merendah diri sehingga ke tahap itu. 


Kita boleh ka sampai ke tahap itu? 


Sama-sama kita fikirkan.


Setelah beliau di kafankan, beliau dibawa kekubur. 


Tiba-tiba, ketika dalam perjalanan kekubur, seorang perempuan telah menahan jenazah beliau, dan meminta supaya dimasukkan ke dalam rumahnya terlebih dahulu.


Maka dibawa masuk ke dalam rumahnya itu, setelah selesai perempuan itu solat ke atas jenazah Al-Imam, maka perjalanan diteruskan ke kubur.

 

Tahukah anda siapakah perempuan itu?


Perempuan itu adalah guru kepada Imam Asyafie, beliau adalah Sayyidah Nafisah keturunan Nabi Muhammad s.a.w.


Bila ditanya kepada Sayyidah Nafisah bagaimanakah perwatakan Imam Syafie?


Maka Sayyidah Nafisah menjawab: 

“Beliau tidak akan batal wudhuk melainkan beliau akan berwudhuk”.


Maksudnya Imam Syafie memang sentiasa dalam keadaan berwudhuk, bukan macam kita ya, kita tak berwudhuk sebab takut membazir air boleh jadi. huhu


Dua pengajaran daripada kisah ini yang kita patut ambil manfaat dan beramal:


1) Sentiasa merendah diri walau sehebat mana pun kita, kita tak hebat pun nak dibandingkan dengan Imam Syafie, kita perasan sahaja hebat.


2) Kita kena sentiasa berwuduk seperti amalan imam Syafie, barulah kita boleh menjadi hebat sepertinya. InsyaAllah.


Kebanyakan Kita Bermazhabkan Imam Shafie.. Namun Tahukah Kita Bagaimana Kisah kewafatan Imam Syafie yang Amat Menyedihkan.


Sumber: Islam Itu Indah


SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

JOM TEMPAH AWAL2 😍

JOM TEMPAH AWAL2 😍
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DALAM SETIAP KEADAAN

SEGALA PUJI BAGI ALLAH DALAM SETIAP KEADAAN

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

MASTER BEDROOM- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

MASTER BEDROOM- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

DAPUR HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

DAPUR HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SUDAH PASANG AIRCOND: BILIK KE TIGA HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SUDAH PASANG AIRCOND: BILIK KE TIGA HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

ADA AIRCOND: MASTER BEDROOM HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

ADA AIRCOND: MASTER BEDROOM HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

TANDAS MASTER BEDROOM- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

TANDAS MASTER BEDROOM- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

HADAPAN HOMESTAY- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

HADAPAN HOMESTAY- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

RUANGAN REHAT KELUARGA- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

RUANGAN REHAT KELUARGA- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

GAZEBO UNTUK SANTAI2- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

GAZEBO UNTUK SANTAI2- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

GAMBAR MASA PINTU PAGAR KE 2 BLM SIAP- JOM TEMPAH HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

GAMBAR MASA PINTU PAGAR KE 2 BLM SIAP- JOM TEMPAH HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

BILIK KE DUA- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

BILIK KE DUA- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

PINTU PAGAR UTAMA/PERTAMA-SEBARANG PERTANYAAN & TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

PINTU PAGAR UTAMA/PERTAMA-SEBARANG PERTANYAAN & TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

TANDAS KE DUA- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

TANDAS KE DUA- SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

VISIT TO LIKE MY PAGE. TERIMA KASIH

VISIT TO LIKE MY PAGE.  TERIMA KASIH
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK KE PAGE HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

HARGA PROMOSI. SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

HARGA PROMOSI. SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

LAMAN DAN PARKING - SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

LAMAN DAN PARKING - SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

TERIMA KASIH BANYAK2 KEPADA SEMUA YANG SUDI REVIEW YG BAIK2 TENTANG HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU

TERIMA KASIH BANYAK2 KEPADA SEMUA YANG SUDI REVIEW YG BAIK2 TENTANG HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK REVIEW - ADA LINK DI SITU. JEMPUT REVIEW BAGI YG SUDI

JOM DOA SAMA2

JOM DOA SAMA2

SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU
SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

TARIKH KEKOSONGAN TERKINI HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG 😍

                                                        🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴                  BOOKING  TAHUN 2024           🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴    ...

CARA TEMPAH HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

CARA TEMPAH HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU

Labels

POPULAR POST

JOM TEMPAH AWAL2 HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

JOM TEMPAH AWAL2 HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG
SILA TEKAN GAMBAR UNTUK WASAP KAMI- ADA LINK DI SITU